Laman Utama

“Nafasnya Makin Susah, Jantung Berdegup Kencang” – Tya Arifin Berdepan Detik Cemas, Terus Bawa Anak Dapatkan Rawatan

Mya Amri
06/07/2022
09:00 MYT
Sponsor Banner
“Nafasnya Makin Susah, Jantung Berdegup Kencang” – Tya Arifin Berdepan Detik Cemas, Terus Bawa Anak Dapatkan Rawatan
Pelakon, Tya Arifin berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Arif Jiwa mengalami kesukaran bernafas.
Situasi itu menyebabkan Tya dan suaminya, Asyraf Khalid terus bergegas membawa anak lelaki mereka mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.
“Arif ikut ayahnya ke majlis agama, rasa gembira kerana biar dia dari kecil dah tau tentang majlis-majlis agama, walaupun dia tidak faham sekarang. Tapi nanti akan terbiasa.
“Patutnya selesai jam 10 lebih, tapi Arif balik awal jam 8 kerana dia mengantuk. Jadi memang masa dia balik dia terus tidur.
“Tiba-tiba, tengah malam jam 12, dia datang ke bilik (dia memang biasa tengah malam datang dan tidur bilik kita) dan dia cakap dia batuk.
“Jadi Tya bagi terus ubat batuk dan air untuk Arif. Jam 1 dan jam 2, Tya tengok nafasnya makin susah dan jantungnya berdegup kencang.
“Sebagai ibu bapa, kita risau dan gelisah kan. Asyraf yang perasan juga, jadi kita terus bawa ke klinik terdekat kerana kita tak tahu dan kita nak tindakan cepat. Hasilnya pergilah klinik jam 2 pagi semalam, terus jumpa doktor,” kongsinya dalam terbaharu di akaun Instagram.
Menerusi hantaran yang sama, Tya juga menasihatkan ibu bapa supaya jangan melengah-lengahkan masa untuk mendapatkan rawatan sekiranya anak mengalami sebarang simptom yang pelik.
“Alhamdulillah tiada yang serius. Dia batuk kahak dan menyebabkan dia susah bernafas, jika susah nafas masa tidur, jantung akan bekerja berganda.
“Pelajarannya moms, jika ada sesuatu yang berlaku kepada anak-anak, tak kisah besar atau kecil, dan meragukan terus je bertemu doktor. Kerana lebih baik mencegah daripada menyesal. Love you sayang @arifjiwaasyraf.” tulisnya.
Terdahulu, Tya dan Asyraf berkahwin pada November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata. Arif Jiwa, 5 dan Azzahra Jiwa, 3.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar