Laman Utama
Nafi Air Minuman Stobu 'Ubat Kuat', Hattan: "Siapa Yang Fikir Macam Tu Bingai"
Pesohor tanah air, Datuk Hattan baru baru ini diumumkan sebagai duta sebuah produk minuman tempatan yang menggunakan jenama Stobu.
Sotbu adalah produk yang dipasarkan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dikeluarkan Sweet Cane dan berasal dari Negeri Sembilan.
Kurang terkenal dalam kalangan pengguna, Stobu ironinya adalah air jus buah buahan yang dihasilkan tanpa gula dan tahan lama.
Ini termasuklah Jus Tebu dan Durian Belanda asli yang menjadi salah satu sebab penyanyi Biso Bonar itu menerima tawaran menjadi duta mereka selepas dilamar baru baru ini.
Penyanyi berusia 57 tahun ini juga menolak pandangan Stobu adalah sejenis air 'ubat kuat'.
"Siapa yang ingat ini air ubat kuat bingai. Saya pun tak pernah 56 tahun hidup ambil ubat kuat," kata Hattan saat ditemui di majlis pelancaran pelantikannya sebagai duta produk minuman jenama Stobu baru baru ini.
Jelas pemilik nama sebenar Mohd Shukri Shahabudin itu, beliau tertarik untuk menjadi duta air minuman tersebut adalah untuk membantu peniaga IKS melebarkan sayap mereka selepas membantu banyak peniaga IKS membuat reviu produk secara percuma sepanjang tahun lalu kerana pandemik COVID 19.
"Saya mahu membantu peniaga IKS dan memperkasakan perniagaan yang patut diberi platform terbaik di pasaran. Apa yang lebih penting adalah membantu juga mengalirkan ekonomi dalam kalangan peniaga yang terkesan kerana pandemik COVID 19.
"Saya terima tawaran jadi duta mereka sebab Jus Tebu ini dihasilkan tanpa gula dan boleh disimpan selama 2 bulan dalam freezer. Ia tahan lama jadi bila nak minum dalam tempoh berkenaan masih boleh dan rasanya masih sama," kata Hattan lagi.
Sementara itu, air yang tidak memasuki pasaraya itu boleh didapati melalui agen dan stokis dengan harga jualan berpatutan untuk produk premium.
Kredit Foto: Harian Metro, Malaysiakini