Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban

Gempak 23/04/2024 | 05:28 MYT
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.

BERITA TRENDING: Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut

Mereka yang terkorban dari HOM-AW139 dikenal pasti sebagai Kdr Muhammad Firdaus Ramli; Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin; Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun; PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy; BM TNL Noor Rahiza binti Anuar (Penumpang) dan LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna.
Manakala dari pesawat Fennec dikenal pasti Kdr Muhamad Amir Mohamad; Lt T Sivasutan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.
Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kejadian membabitkan helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan helikopter FENNEC TLDM.
Kedua-dua helikopter terbabit berlepas dari padang Sitiawan, Perak pada jam 9.03 pagi tadi sebelum bertembung di udara.
Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.
Helikopter berkenaan dipercayai sedang menjalani latihan.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kejadian 9.50 pagi sebelum dua jentera dikejarkan ke lokasi.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman ketika dihubungi memaklumkan Menteri Pertahanan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu.
Sumber: Harian Metro
#Viral #Perak #Maut #Helikopter #Nahas #TLDM #Lumut #Raptai
;