Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Naik 10 Sen Hingga 45 Sen, Ini Senarai Harga Baharu Roti Gardenia

Gempak 25/11/2021 | 08:57 MYT
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) akan menyemak semula harga bagi produk-produk Gardenia berkuat kuasa 1 Disember ini.
Menerusi satu kenyataan, Gardenia KL berkata, peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan mereka meletakkan syarikat itu dalam kedudukan sukar tanpa sebarang pilihan kecuali menyemak semula harga.
Gardenia KL memaklumkan amat terkesan dengan cabaran ketika pandemik dan berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah selama ini namun peningkatan ketara baru-baru ini menghadirkan cabaran berbeza.
"Semakan harga itu melibatkan produk dalam keadaan tertentu, yang mengekalkan harga sama selama bertahun-tahun, termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classic.
"Harga produk lain yang disemak semula juga meliputi rangkaian Gardenia Delicia, ban, roti krim, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee.
"Semakan harga ini dilaksanakan ekoran kenaikan harga bahan mentah, antara lain termasuk tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan," menurut kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu.
"Gardenia KL akan terus memberi tumpuan menggiatkan usaha kami untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang kami.
"Kami amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan berharap anda memahami keputusan sukar yang terpaksa kami laksanakan,” ujar syarikat itu.
Hari ini tular dalam media sosial sekeping surat dari syarikat itu kepada peruncit, memaklumkan mengenai kenaikan harga bermula 1 Disember ini.
Berdasarkan senarai tersebut, sebanyak 38 produk tersenarai dan akan mula dijual pada harga baharu bermula dari tarikh tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berikut antara harga baharu produk yang ada dalam surat yang tular itu:
1. Gardenia QuickBites Cream Roll (semua perisa) - RM1
2. Gardenia Original Classic - RM2.80
3. Gardenia Original Classic Jumbo - RM4.00
4. Gardenia Bonanza Big Value - RM3.10
5. Gardenia Wholemeal - RM3.60
6. Gardenia Delicia (semua perisa) - RM5.00
7. Gardenia Toast’em (semua perisa) - RM5.00
8. Gardenia Fluffy Buns (semua perisa) - RM3.70
9. Gardenia Twiggies (semua perisa) - RM1.80
10. Gardenia Waffles (semua perisa) - RM1.40
11. Gardenia Puazz! Sambal Bilis - RM1.30
12. Gardenia NuMee - RM1.70
#Viral #Produk #Naik Harga #Roti Gardenia
;