Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Naik Allergy Hari Ini, Disebabkan Cerita Semalam" - Nursajat

Asraf Aided 18/06/2019 | 12:21 MYT
Usahawan kosmetik terkenal, Nursajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad berkongsi sebuah foto di hospital akibat mengalami alahan.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Sajat seolah-olah menggambarkan tidak menyenangi isu yang menimpa dirinya semalam.
"Naik allergy kita hari ini, disebabkan cerita semalam, adoiii siapa nak jawab ni!
"Satu badan naik merah-merah sampai ketiak pun merah-merah," tulisnya sebagai kapsyen.

naik allergy kita hari ini,di sebabkan cerita semalam..adoiii sapa nak jawab ini!! satu badan naik merah merah....sampai ketiak kita pun merah merah!!! ????? #tolongla #inisemuapasalkessemalam #terkejutkita #hariininakdekat25orgwartawancallkita

A post shared by NURSAJAT (@nursajadiah) on

Semalam, seorang Wanita bernama Yusmiliati Mohamed Yusof mendakwa telah dianiaya oleh usahawan kosmetik tersebut.
Menurut Yusmiliati, pihak Nursajat telah melemparkan bermacam tuduhan palsu terhadap dirinya ekoran kegagalannya membantu usahawan itu menukar jantina “lelaki” kepada “perempuan” pada kad pengenalannya menerusi urusan bersama Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM).
Wanita itu juga meminta Nursajat tampil memohon maaf dalam tempoh masa 48 jam dari tarikh sidang media yang diadakan semalam.
BACA : Gagal Tukar Jantina Di Kad Pengenalan... Wanita Ini Minta Nursajat Mohon Maaf Dalam Tempoh 48 Jam
BACA : "Saya Tidak Akan Membuat Permohanan Maaf Atau Membayar Sebarang Pampasan" - Sajat Nafi Pernah Minta Tukar Jantina
#Usahawan Kosmetik #Nursajat
;