Laman Utama
Naik Lori, Blazer Gergasi Empat Kaki & Bersiap Tiga Jam, Aina Abdul Paling Mega! Muncul Macam Met Gala
Penyanyi, Aina Abdul membuat kemunculan mega di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH) sebentar tadi.
Aina bersama pasaukannya hadir dengan menaiki lori dengan dinding lut sinar dan turun di hadapan pintu Istana Budaya pada Jumaat.
Aina memakai baju blazer oversize berwarna merah rakaan Behati.
Menurut Aina, dia berasa selesa dengan konsep konsep blazer bersaiz besar bersaiz empat kaki lebar.
“Saya memang selesa dengan konsep blazer bersaiz besar seperti mana yabg kerap saya pakai sebelum ini.
“Jadi, kali ini saya mengambil inspirasi daripada konsep itu dan meminta pereka untuk menghasilkan blazer bersaiz empat kaki lebar,” ujarnya.
Aina juga turut berkongsi maksud di sebalik busana yang dipakainya itu.
“Konsep bunga mawar pula adalah sebagai rentetan daripada konsep sebelum ini di mana saya memakai busana dengan inspirasi daripada mawar hitam. Kali ini saya memakai busana mawar merah.
“Saya mengambil masa tiga jam untuk disiapkan. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasilnya,” jelasnya.
Kemunculan Aina itu boleh dikatakan seperti acara Met Gala yang cukup popular menampil fesyen extravaganza selebriti.