Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Najib Dapat Pengampunan, Bebas Pada Tahun 2028

Gempak 02/02/2024 | 08:26 MYT
Spekulasi mengenai pembebasan awal bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya terjawab apabila Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan bekas Presiden UMNO itu akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

BERITA TRENDING: “Sentiasa Menunggu Kepulanganmu, However Long It Takes” - Yana Najib

Menurut kenyatan yang dikeluarkan oleh urusetia lembaga tersebut, keputusan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang telah bersidang pada 29 Januari lalu.

"Sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

BERITA TRENDING: Najib Mahu Man On The Run Dikeluarkan Daripada Netflix

"Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah memutuskan hukuman ke atas Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.

"Namun sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi beliau akan ditambah selama setahun dimana tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029," menurut kenyataan itu pada Jumaat.
Sumber: Sinar Harian
#Najib Razak
;