Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Najib Diperintah Jalani Hukuman Penjara 12 Tahun, Denda RM210 Juta

Mya Amri 23/08/2022 | 09:25 MYT
Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa menolak rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Susulan keputusan itu, bekas Perdana Menteri berkenaan, diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

SINAR HARIAN

#Penjara #Najib Razak #Datuk Seri Najib Tun Razak #Najib
;