Laman Utama

Najwa Latif Selamat Bernikah, Pilih Pasangan Duet Sendiri Sebagai Suami

Shahrin Zulkifle
11/11/2022
02:00 MYT
Sponsor Banner
Najwa Latif Selamat Bernikah, Pilih Pasangan Duet Sendiri Sebagai Suami
Dalam diam, tiba-tiba penyanyi Najwa Latif mengumumkan dia sudah melangsungkan pernikahan dengan rakan duetnya iaitu Akwa Ariffin dengan sekali lafaz kira-kira jam 8:30 pagi Jumaat.
Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik serta disaksikan oleh ahli keluarga terdekat.
Kakak kepada Najwa, Syafika Latif berkata, majlis yang berlangsung di daerah Batu Pahat, Johor itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.
“Alhamdulillah Najwa selamat bernikah jam 8:30 pagi tadi dengan sekali lafaz sahaja.
“Majlis nikah pun berjalan dengan lancar, permintaan daripada kedua pengantin juga untuk buat secara kecil-kecilan disebabkan kes Covid tengah naik.
“Majlis persandingan pun akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja dulu, jika ada majlis lain kami akan maklumkan kelak,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Difahamkan juga, majlis persandingan akan berlangsung pada sebelah petang di lokasi yang sama tempat pasangan itu dinikahkan.
Terdahulu, pelantun Cinta Muka Buku itu memuat naik foto pernikahan di Instagram untuk tontonan umum.
“Alhamdulillah, kami dah grad,” tulisnya secara ringkas.
Pada hantaran tersebut, Najwa dan Akwa dilihat manis mengenakan pakaian serba putih sambil merakam gambar di atas pelamin.
Rata-rata peminat turut teruja dan meluahkan rasa syukur selain mendoakan agar pasangan itu bahagia hingga ke jannah.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar