Laman Utama
Nak Ajar Anak Fasih English? Mungkin Boleh Ikut Cara Caprice – “70% BM, 30% English Tapi…”
Penyanyi rap, Caprice yang kini menjalankan tanggungjawab sebagai bapa mengambil inisiatif untuk mengajar anak tirinya, Aleesya Sofea berbahasa Inggeris.
Menerusi akaun Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkongsi cara tersendiri mengajar anaknya.
Menurut Caprice, pertuturan mereka dalam Bahasa Melayu masih dikekalkan sebanyak 70 peratus manakala bakinya pula adalah Bahasa Inggeris.
“Ada yang tanya dekat rumah Cap dengan anak cakap bahasa apa... 70% BM 30% English. Tapi dari mula lagi saya ajar @aleesya_sofeaaaaaa untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan saya.
“Contoh, ada masa kalau dia ajak Cap main mainan syarat saya adalah dia kena cakap Inggeris sahaja. Disebabkan dia benar-benar mahu bermain, dia cuba sedaya upaya untuk bercakap dan memahami.
“Sekarang dia yang sibuk tanya Cap what is on the news today... Kita cubalah kongsi dengan dia topik-topik yang tak berat sangat tetapi ia benar-benar pelik dan takut bila mereka dah mula mengikuti dan meniru anda. InsyaAllah hanya yang baik-baik sahaja,” coretnya.
Sebelum ini, Caprice menyatakan hasrat untuk mengajar Aleesya Sofea yang baru berusia lima tahun itu berbahasa Inggeris dan Perancis.
Caprice dan Farra Inalis selamat diijabkabulkan pada November lalu.