Berita

“Nak Anak Jadi Penyanyi...”- Sharifah Shahirah Beri Galakan Kepada Anaknya Ceburi Bidang Nyanyian

Syafiqah Jalal
18/01/2019
09:46 MYT
Sponsor Banner
“Nak Anak Jadi Penyanyi...”- Sharifah Shahirah Beri Galakan Kepada Anaknya Ceburi Bidang Nyanyian
Pelakon Sharifah Shahirah memberitahu mahu menjadikan anaknya, Allisya Tahir sebagai penyanyi selepas melihat minat mendalam dalam bidang itu.
Namun Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Sheira berkata semuanya terpulang kepada anak sulungnya itu.
“Suruh anak jadi penyanyi.Tu yang dia suka si Allisya.
“Tak tau laaa jadi ke tidak. Yang dia duduk nyanyi je kenapa????? Adoiiii...salah lagi.... Kepala je...gambornya....ooo paham,” tulisnya.
Sheira berkongsi perkara tersebut dia akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri yang sama, dia turut memuat naik video anaknya sedang menyanyi.
Allisya merupakan anaknya hasil perkahwinan terdahulu Shahirah bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.
Kini Shiera berkahwin dengan pelakon Ijoy dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar