Hiburan

"Nak Angkat Anak Pun Tak Boleh" - Teruskan Fisioterapi, Slip Disc Hafiz Suip Semakin Pulih

Amri Hassan
10/01/2020
11:06 MYT
Sponsor Banner
"Nak Angkat Anak Pun Tak Boleh" - Teruskan Fisioterapi, Slip Disc Hafiz Suip Semakin Pulih
Penyanyi Hafiz Suip mengakui masalah kesakitan tulang belakang (slip disc) yang dialaminya semakin pulih.
Hafiz bagaimanapun dinasihati untuk tidak melakukan aktiviti lasak atau mengangkat bebanan berat sehingga betul-betul sembuh.
"Alhamdulillah otot-otot bahagian belakang saya sudah semakin baik dan boleh menampung berat badan saya.
"Sebelum ini nak berdiri dan duduk pun sakit. Malah, nak angkat anak pun tak boleh... Melainkan kena jaga postur badan dengan betul.
"Buat masa sekarang saya masih mengikuti sesi fisioterapi seperti dinasihatkan oleh doktor yang merawat dan mudah-mudahkan semakin baiklah," katanya kepada Gempak.
Hafiz yang ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lagu ke-34 di De'Wan by Chef Wan Kuala Lumpur semalam dinasihati untuk mendapatkan rehat yang cukup bagi mengelakkan masalah sama berulang.
Hafiz pernah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan sama pada 2015 dan sekali lagi berdepan situasi sama pada Mac 2018.
Selain itu, Hafiz mengakui berdepan masalah suara akibat kurang rehat dan tekanan menjelang AJL34.
"Risau juga sudah hampir AJL34 tiba-tiba suara pula serak-serak. Mungkin tak cukup rehat kerana terlalu fikirkan tentang persiapan.
"Tak mustahil juga keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu," tambahnya.
Hafiz mempertaruhkan lagu Kisah Cinta Kita untuk AJL34 dan bakal berentap dengan 11 finalis lain pada 9 Februari nanti.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar