Viral
Nak Balik Rumah Peranginan, Rumah Peranginan Lesap
Tak sampai sebulan selepas melawat rumah peranginan, tahu-tahu rumah tersebut lesap begitu sahaja.
Semua Hilang Tiada Apa Yang Tersisa
Seorang lelaki di Thailand membuat satu perkongsian yang mengejutkan menerusi satu hantaran di Facebook apabila rumahnya telah dicuri dari bumbung, dinding sehinggalah perabot tanpa meninggalkan walau secebis logam pun.
Menurut lelaki tersebut, kali terakhir dia melawat kawasan rumahnya itu sekitar bulan Julai yang lalu, namun sekembalinya dia ke rumah peranginan itu, ketiga-tiga bangunan dalam kawasan seluas 4 ekar miliknya dirobohkan dan dibawa pergi oleh pencuri.
BERITA TRENDING: Korban Tanah Runtuh Di Phuket Kini 13 Orang, Termasuk Pasangan Warga Rusia
BERITA TRENDING: Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...
BERITA TRENDING: Baru Nak Melepas Hajat, “Adik” Pula Digigit Ular
BERITA TRENDING: Lelaki Rusia Cedera Selepas Cubaan Merogol Seekor Lembu Betina
Maklum sudah dapat Kebenaran
Pada masa sama, pencuri itu dikhabarkan telah memberitahu penduduk kampung bahawa merek sudah diberi kebenaran oleh pemilik tanah untuk merobohkan rumah peranginan tersebut.
Oleh itu tiada siapa yang mengesyaki apa-apa semasa mereka menjalankan kerja selama dua hari itu.
Menurut Ketua Kampung Tempatan, pencuri tersebut telah datang dengan sebuah lori enam tayar semasa melakukan proses merobohkan rumah tersebut.
Lelaki tersebut juga telah melaporkan kecurian tersebut kepada pihak polis tempatan yang kini sedang menjalankan siasatan.
Kejadian ini menjadi pengajaran bagi pemilik rumah peranginan agar lebih berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan tambahan untuk melindungi harta benda mereka.
Sumber: Must Share News