Berita
Nak Bawa Kereta Kawan Tapi Tiada e-LKM? Ikuti 3 Langkah Mudah Ini Untuk Kongsi Road Tax Kenderaan Menerusi Aplikasi MyJPJ
Selepas mengumumkan ciri baharu aplikasi MyJPJ yang membolehkan pengguna memperbaharui lesen memandu dan lesen kenderaan bermotor (LKM) secara mudah, kini, satu lagi ciri terkini iaitu ‘Kongsi LKM’ diperkenalkan untuk kemudahan pengguna.
BERITA TRENDING: Lesen Memandu, Kenderaan Boleh Diperbaharui Menerusi Aplikasi MyJPJ Bermula 1 Februari Ini
Menerusi ciri ini, pengguna dapat ‘berkongsi’ LKM kenderaan masing-masing dengan individu lain. Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Kongsi LKM membolehkan pemilik kenderaan berkongsi e-LKM dengan rakan-rakan dan keluarga, atau mana-mana individu yang memiliki kebenaran untuk menggunakan sesebuah kenderaan.
Begini caranya untuk berkongsi LKM digital menerusi ciri Kongsi LKM:
Langkah 1: Klik pada nombor plat lesen kenderaan anda pada aplikasi MyJPJ
Langkah 2: Pilih ‘Share LKM’ untuk memulakan perkongsi e-LKM anda. Pemilik kenderaan akan menerima kod pengaktifan
Langkah 3: Berikan kod ini kepada penerima untuk mengaktifkan e-LKM yang dikongsi.
Jika penerima tidak mengaktifkannya dalam masa 24 jam, rekod perkongsian akan dipadamkan secara automatik. Selain itu, untuk keselamatan tambahan, pemilik boleh menetapkan had masa untuk e-LKM yang dikongsi.
Cukai jalan digital (e-LKM) boleh mula diperbaharu melalui aplikasi MyJPJ mulai 1 Februari 2024.
Jabatan Pengangkutan Jalan menyediakan rebat RM5 untuk semua pembaharuan dalam talian sehingga akhir tahun ini.
Selain itu, anda boleh jimat 10% dengan memilih pembaharuan lesen selama 10 tahun.