Berita

Nak Beramal Di Bulan Puasa? Ramadan Ini, Anda Boleh Derma Dengan Ikhlas Secara Digital!

Kamaruddin Razal
21/04/2020
22:42 MYT
Sponsor Banner
Nak Beramal Di Bulan Puasa? Ramadan Ini, Anda Boleh Derma Dengan Ikhlas Secara Digital!
Satu inisiatif derma digital awam, Derma Dengan Ikhlas diperkenalkan sempena kedatangan bulan Ramadan.
Derma Dengan Ikhlas merupakan sebuah platform yang tulus, selamat dan terjamin bagi individu atau organisasi yang ingin menjalankan tanggungjawab amal mereka di bulan Ramadan.
Inisiatif tabung derma ini dijalankan dengan kerjasama Yayasan Amanah Assofwah Almalikiyyah, di mana dana tersebut akan digunakan untuk membantu komuniti yang memerlukan serta pasukan barisan hadapan, dan dalam masa yang sama membantu peniaga tempatan di bulan Ramadan ini.
Antara komuniti yang akan menerima sumbangan ini termasuk keluarga yang kurang bernasib baik, pelarian dan badan bukan berasaskan keuntungan seperti Soup Kitchen dan rumah anak-anak yatim.
Sebahagian dari dana tersebut juga akan digunakan untuk membeli juadah berbuka puasa bagi pasukan barisan hadapan yang bertugas seperti pegawai perubatan, polis, tentera serta lain-lain dan kempen ini bermula dari 20 April hingga 22 Mei 2020.
Ikhlas Kamarudin, Ketua Ikhlas.com berkata, sambutan bulan Ramadan pada tahun ini sudah pasti jauh berbeza tetapi satu perkara yang tidak akan berubah adalah amalan bersedekah.
"Jadi, kami berbesar hati untuk melancarkan sebuah inisiatif yang memberi peluang kepada semua orang untuk bekerjasama dan bersama membantu mereka yang memerlukan pada bulan mulia ini.
"Inisiatif ini ditubuhkan untuk menyediakan sebuah platform bagi membantu para penderma menyalurkan sumbangan ikhlas mereka, yang akan digunakan untuk tujuan sedekah bulan Ramadan.
"Kami berharap untuk mengedar barang keperluan asas kepada 5,000 buah keluarga dan juadah berbuka puasa kepada lebih 20,000 individu sepanjang bulan Ramadan ini. Kami akan membeli bekalan daripada lebih 100 peniaga kecil dan sederhana dengan tujuan membantu perniagaan mereka pada masa yang sukar ini," katanya dalam satu kenyataan media.
Ikhlas.com merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk perniagaan pelancong Muslim.
Portal ini akan dilancarkan pada bulan Jun 2020 dan bertujuan untuk membantu umat Islam di seluruh dunia dalam menunaikan kewajipan agama termasuk Umrah, korban dan gaya hidup berasaskan hukum syariah.
Derma Dengan Ikhlas adalah sebahagian daripada kempen #InThisTogether oleh Kumpulan AirAsia.
Orang awam yang berminat untuk menderma boleh melayari laman sesawang Givewith.Ikhlas.com.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar