Hiburan
Nak Bermadu? Wawa Zainal Nak 'Jual' Aeril Zafrel Harga RM5 Juta Tapi Netizen Minta Jaga Percakapan - “Jangan Cakap Yang Pelik-Pelik”
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal menarik perhatian warganet apabila bergurau mengenai ingin menjual suaminya, Aeril Zafrel.
Menerusi sebuah potongan video yang dimuat naik di TikTok, pelakon yang popular dengan filem 99 Kali Rindu itu memberitahu jika ada individu yang mahu menjadi isteri kedua Aeril mereka harus membayar wang berjumlah RM 5 juta.
“Dia nak bermadu dengan saya, RM 5 juta.
“Aeril untuk dijual bernilai RM5 juta, ada? Sekali tengok ada orang kaya yang tua dari luar negara yang nak beli awak macam mana tu?
Wawa berkata demikian susulan mendapat komen daripada seorang wanita bernama Nana yang menyatakan hasratnya untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya.
Pada masa sama, Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin, 33, sempat bertanya kepada Aeril adakah dia bersetuju sekiranya menerima tawaran tersebut.
Namun pelakon Cinta Kura-Kura itu menyifatkan soalan Wawa sebagai satu pertanyaan yang tidak masuk akal.
“Soalan bod*h apa ni? kata Aeril.
Menjengah ke ruangan komen netizen memberi teguran dan meminta supaya aktres tersebut menjaga perkcakapan meskipun itu hanyalah sekadar gurauan.
“Orang sekarang cakap main sembur je, padahal kata-kata tu nanti kena flashback jadi sakit.
“Cakap itu satu doa.
“Cakap cakap bukan-bukan, nanti termakbul.
“Kalau betul dia boleh bagi RM5 juta, putih mata. Jangan cakap yang pelik-pelik, kata-kata satu doa,” kata netizen diruangan komen.
Sekadar info, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar , 11, Hayla Maghratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, tiga tahun.