Gaya Hidup

Nak Cakap Sikit: Gedung Kelengkapan Rumah Popular Diboikot Kerana Beg Pelangi?

Fiza Kamarudin
08/07/2020
15:27 MYT
Sponsor Banner
Nak Cakap Sikit: Gedung Kelengkapan Rumah Popular Diboikot Kerana Beg Pelangi?
Baru-baru ini seorang wanita menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa kesalnya terhadap gedung membeli belah IKEA yang mengeluarkan beg bermotif pelangi.
Wanita tersebut telah memuat naik posting di laman sosial Twitter; “Adakah IKEA mahu melihat Malaysia punya kuasa boikot? Turunkan poster ini atau kami tidak akan membeli apa-apa di IKEA,” sambil menyebut nama gedung membeli belah popular itu.
Maka, ramailah yang menyokong saranan wanita tersebut, namun dalam masa sama gedung tersebut masih dipenuhi pelanggan dan khabarnya stok barangan juga banyak yang habis!
Difahamkan IKEA mengeluarkan beg berwarna pelangi tersebut untuk kempen mereka yang memberi sokongan kepada komuniti LGBTQ di Amerika Syarikat.
Sebanyak 30 peratus hasil jualan daripada jualan beg itu akan disumbangkan bagi tujuan hak asasi manusia berkait komuniti LGBTQ.
Bagaimanapun tinjaun Nak Cakap Sikit di laman web rasmi IKEA mendapati kempen sempena Pride Month itu tidak melibatkan cawangan di Malaysia sebaliknya hanya di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Ireland.
Ni Nak Cakap Sikit, selepas wargamaya di Malaysia mengancam untuk melancarkan boikot terhadap gedung kelengkapan rumah ini (sekiranya banner tidak diturunkan) adakah ia akan berjaya?
Apakah perlu boikot dilancarkan sekiranya hasil pembelian pelanggan di negara ini tidak disalurkan kepada kempen tersebut?
Tepuk dada, tanya hati!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar