Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Nak Cari Kerja Best? Ini Syarikat Paling Top & Tengah On Demand…

Asyikin Mayudin 27/05/2024 | 12:55 MYT
Korang yang tercari-cari peluang pekerjaan baru yang jauh lebih bagus, boleh tengok hasil kaji selidik Graduates Choice Award (GCA) 2024.

Untuk tahun keenam, GCA Talentbank mencatatkan 464,220 undian terkumpul yang mengagumkan daripada pelajar universiti di seluruh negara, malah telah memecahkan rekod penyertaan sejak penubuhannya.

Untuk maklumat, proses pengesahan teliti telah dijalankan oleh Lembaga Jawatankuasa Audit, terdiri daripada 21 profesional yang berasal dari universiti awam dan swasta.

Lebih daripada 2,500 syarikat bersaing dalam lebih 90 kategori untuk edisi keenam kali ini!

#1 Senarai Penuh Syarikat Jadi Pilihan Utama Graduan!

Antara pemenang terkenal termasuklah AIA Shared Services, Johnson & Johnson, PETRONAS, Sunway University, Top Glove, dan UNIQLO, yang telah memperoleh gelaran sebagai Juara Selama Lima Tahun Berturut-turut.

Turut mengekalkan momentum kemenangan ialah Maybank, EY, Maxis, AIA Bhd, Touch 'n Go, Nestlé, dan Intel yang berada di kedudukan teratas dalam kategori masing-masing.

#2 Pilihan Graduan Mengikut Gaji

Selepas membuat kaji selidik pada 2023, rata-rata graduan menyatakan pilihan pekerjaan gaji yang bermula antara RM3,000 dan RM3,500.

Tinjauan GCA 2023 mengenal pasti atribut utama untuk majikan yang sesuai dengan graduan masa kini: Gaji & Bonus, Pembangunan Kerjaya dan Budaya Syarikat.

Walaupun pilihan kerja dari rumah berkurangan selepas pandemik, graduan terus mengutamakan Peluang Kerja Fleksibel. Peningkatan kepentingan Peluang Latihan & Pembangunan menggariskan komitmen teguh graduan terhadap pembelajaran berterusan dan pertumbuhan peribadi.

Bagi pencari kerja, platform seperti LinkedIn dan pameran kerjaya disukai pada 2022, telah memperlihatkan lonjakan permintaan yang ketara sebanyak 9% untuk pameran kerjaya pada 2023, mencecah 41%.

Memandangkan GCA mampu membimbing graduan baru menerusi kaji selidik sebegini, ‘suara’ korang diperlukan untuk pusingan tinjauan seterusnya.

Kejayaan GCA berteraskan keterangkuman, mengiktiraf majikan merentasi 90 industri. Memandangkan tenaga kerja Malaysia mengalami anjakan transformatif, GCA menghubungkan majikan dengan tuntutan graduan semasa, berdiri sebagai peneraju dalam membentuk masa depan negara.

Tambahan pula, pengiktirafan GCA terhadap majikan utama Malaysia menyemai rasa bangga yang mendalam di kalangan pekerja dan menyumbang dengan ketara kepada memupuk budaya kerja yang positif dan bertenaga.

Untuk makluman, undian untuk GCA 2025 telah pun dibuka sehingga 30 Jun 2024! Undi dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik termasuklah Apple MacBook Air dan Iphone 15.

Maklumat lanjut tentang GCA, layari Graduates' Choice Award.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Talentbank pula, check out Talentbank Group.

#Talentbank #Graduates' Choice Award 2024
;