Viral
"Nak Cubit Biceps Saya Tak Kisah, Tapi Kalau 'Terbuka' Pintu Bilik Air Tu ..." - Dr. Say
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril memohon setiap individu agar menghormati orientasi seksual masing-masing.
Mengulas itu terbabit secara minda terbuka, kata Dr. Say dia juga menghormati individu yang punyai kecenderungan meminati golongan sejenis tanpa sikap prejudis.
"Isu ini sedikit sensitif tapi perlu diutarakan juga. Saya ada beberapa kawan gay & saya tak kisah berkawan dengan mereka.
"Mereka hormat saya for being who i am dan saya hormat mereka for being who they are.
"Zaman sekarang ramai yang came out of closet maka tak hairan kalau berjumpa mereka dalam bidang perfileman, peragaan mahupun perubatan.
"Mereka nak 'pandai makan pandai simpan ke' itu urusan mereka dan sepertimana saya cakap, saya tidak kisah berkawan dengan mereka," jelasnya.
Namun, Dr. Say terkesan apabila ada segelintir individu yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya.
"Seperkara yang membuatkan saya terkilan kalau ada yang cuba nak go beyond friends dengan saya.
"Kalau masa make-up nak cubit-cubit biceps atau masa selfie nak sandar kat bahu saya tak kisah.
"Tapi kalau sampai saya tukar baju nak sergah masuk atau ketika saya tengah mandi nak acah-acah terbuka pintu bilik air itu melampau.
"Saya tak tahulah mereka saja nak uji saya atau apa tetapi saya tak cuba nak 'convert' anda, kenapa mahu 'convert saya?
"Banyak lagi sado jambu kat luar sana kenapa nak saya yang hidung jambu air, perut buncit, dada gelebeh anak satu ni?" soal Dr. Say.
Secara dasarnya tambah Dr. Say, sikap hormat-menghormati sesama individu itu perlu diterapkan supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang sesama sendiri.
"Kesimpulannya, kita hidup dalam masyarakat yang harmoni. Kalau saya boleh menghormati anda kenapa anda tak boleh menghormati saya?
"Tidak maksudnya tidak dan tolonglah profesional," pesan Dr. Say lagi.
Kenyataan Dr. Say itu tular di laman sosial Twitter hingga menjadi pertanyaan netizen akan punca tercetusnya entri terbabit.