ADVERTORIAL
Nak Dapat Banyak Likes? Guna Je Cara Ni!
Kredit gambar utama: Pexels
Memang bosan jika setiap posting, bilangan likes boleh dihitung dengan jari.
Zaman sekarang, siapa yang tiada akaun media sosial memang ketinggalan zaman. Iyalah, semua maklumat pun boleh didapati di media sosial dengan mudah, hanya di hujung jari.
Perniagaan menjadi mudah, nak bercuti pun tak perlu susah-susah mencari info, kawan jauh ibarat di hadapan mata... Nak jemput ke sebarang majlis pun sekelip mata... Semuanya mudah #confirmsure.
Media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter ni akan bertambah seronok jika kita banyak pengikut dan likes! Tapi perasan tak, sesetengah orang setiap kali post di media sosial, beribu likes.
Sesetengah yang lain pula hanya satu! Nak tau rahsia bagaimana untuk dapat likes yang banyak? Ikut je tujuh tip ni.
#1 Up To Date
Jadilah antara yang terawal menyampaikan breaking news, update aplikasi telefon pintar terkini, video parodi viral atau fenomena yang baru menjengah Malaysia macam fenomena Tak Tun Tuang ni.
#2 Banyak Following, Banyak Follower
via GIPHY
Follow seramai yang mungkin termasuk mereka yang berpengaruh. Jangan lupa tinggalkan jejak atau komen di akaun mereka.
#3 Isu Semasa

Antara berita yang menjadi pilihan rakyat Malaysia tentunya kisah selebriti berkahwin, drama air mata trending atau boleh juga kongsikan gambar di sebalik tabir filem, drama atau percutian selebriti.
#4 Gambar Cantik

Setiap kali post gambar pastikan cantik dan lighting mencukupi. Dan kalau ambil gambar daripada sumber lain, jangan lupa letak kredit. Barulah terserlah kredibiliti anda!
#5 Menarik, Berkualiti & Bermanfaat

Pastikan setiap post anda menarik, berkualiti dan menjemput Like, Comment atau Share. Gunakan juga bahasa santai dan mudah dibaca. Pastikan juga informasi diberi lengkap, barulah boleh dijadikan rujukan. Boleh kongsikan tip bercuti bajet, tip mendaki gunung, lokasi makanan wajib pergi atau resipi mudah dan mengenyangkan.
#6 Post Dengan Kerap
via GIPHY
Tidak semestinya setiap jam tetapi sehari 2 hingga 3 post berkualiti supaya potensi untuk rakan-rakan nampak post anda meningkat. Pastikan juga anda respond kepada komen dan likes.
#7 Tukar-Tukar Mood
via GIPHY
Sesetengah orang suka kepada artikel, tak kurang juga yang lebih prefer video dan gambar. Variasikan post anda, supaya orang tak bosan. Boleh juga buat Insta Story dan Facebook Live setiap kali anda berada di lokasi menarik.

Bolehlah anda jadi 'the true Raja Sosial'! Dapatkan pek Unlimited Power hanya dengan RM8.50 sekarang!
Must-Watch Video