Laman Utama

“Nak Dapatkan Deria Bau Balik”- Ikut Petua Netizen, Hafizul Kamal Sedut Cuka Epal

Syafiqah Jalal
06/10/2021
06:49 MYT
Sponsor Banner
“Nak Dapatkan Deria Bau Balik”- Ikut Petua Netizen, Hafizul Kamal Sedut Cuka Epal
Pengacara Hafizul Kamal mengamalkan petua menyedut bau cuka epal untuk mengembalikan deria baunya yang hilang selepas dijangkiti Covid-19.
Kata Hafizul itu adalah salah satu petua yang diterima dari pengikut laman sosialnya.
“Ade ni tengah sedut bau Apple Cider. Terima kasih yang kongsi cara nak dapatkan deria bau balik..
“Macam-macam cara ada tapi ni yang ada kat rumah and kinda work untuk saya..,” katanya.
Hafizul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya sedang menyedut bau cuka itu dari botol.
Menurut Hafizul petua itu membantunya untuk mendapatkan sedikit deria baunya.
“Semalam ada la 10 hingga 15 peratus bau tu macam sampai balik walaupun lepas tu hilang balik.
“Mungkin sehari dua lagi parmenant mana tau kan.. untuk yang tengah hilang deria bau boleh refer kat comment previous post.. take care semua,” jelasnya.
Terdahulu, Hafizul Kamal memaklumkan dia dan anak sulungnya, Raisya Amanda disahkan positif Covid-19.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar