Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Nak Hasilkan Gambar 'Masterpiece' Dengan Huawei P40 Series? Ini Apa Yang Anda Boleh Lakukan...

ZULHILMI JALIL 08/05/2020 | 12:24 MYT
Nak dapatkan hasil gambar yang terbaik seperti seorang jurugambar profesional? Tak perlu susah-susah untuk heret beg kamera anda yang berat ke sana ke sini.
Cukup dengan alat peranti HUAWEI P40 Series, anda sudah mampu menghasilkan sebuah karya foto persis dibidik menggunakan sebuah kamera DSLR!
Hebat bukan! Dengan telefon pintar HUAWEI, semuanya boleh jadi!
Cumanya, mungkin ada antara kita yang tidak mahir menggunakan secara maksimum fungsi kamera atau kurang mahir dengan ilmu fotografi.
Namun, itu bukanlah menjadi masalah. Ini apa yang anda perlu tahu mengenai kehebatan fungsi kamera HUAWEI P40 Series yang ada bagi menghasilkan foto yang boleh dianggap sebagai masterpiece anda:
1. Kawalan Aspect Ratio
Credit by Chen Wei Kai
Bagi seseorang yang mahu berjinak-jinak dalam dunia mobile photography, mungkin permulaan hasil gambar anda nampak terlalu biasa. Tiada yang 'wow'.
Hal itu terjadi ada kalanya kerana gambar yang diambil itu mempunyai banyak subjek dalam satu frame yang sama. Sehinggakan foto itu nampak terlalu padat.
Sebenarnya, bagi menghasilkan sebuah gambar yang cantik, sebaiknya cuba dapatkan subjek seringkas boleh.
Namun, jika anda mahu meletakkan banyak elemen dalam satu foto, anda perlu bijak mengawal aspect ratio dalam fungsi kamera.
Telefon pintar HUAWEI didatangkan dengan dua jenis aspect ratio dan focal length (zoom) yang berbeza iaitu kanta sudut ultra wide [3:2] dan kanta utama dan kanta telefoto [3:4].
Gunakan aspect ratio skrin penuh untuk mengambil gambar landskap dan potrait. Ini kerana, semakin tinggi ratio skrin, semakin baik perincian gambar yang akan dihasilkan.
Contohnya, gunakan skrin penuh untuk mengambil gambar portrait manusia dan bangunan.
Credit by Ah Meng
2. Video beresolusi tinggi
Bagi video pula, aspect ratio didatangkan dengan tiga variasi iaitu [16:9],[21:9] dan [Skrin Penuh]
Lazimnya, [16:9] digunakan untuk paparan telefon pintar, manakala [21:9] pula untuk paparan movie klasik dan [skrin penuh] untuk pengalaman visual yang lebih baik.
Apa yang perlu anda ketahui, semakin tinggi resolusi, semakin senang untuk anda melakukan proses suntingan terhadap video tersebut. Namun, perlu diingatkan tidak semua peranti menyokong resolusi yang tinggi.
Credit by Ah Meng
Maka, 1080p sebenarnya sudah cukup bagi anda yang mahu memuat naik video di media sosial.
Resolusi memberi gambaran kepada saiz video yang anda hasilkan, sementara frame rate pula menentukan betapa smooth kualiti video yang diambil.
Misalnya, 60 fps maksudnya, setiap saat 60 slides diambil, Jika anda seorang vlogger, perkara ini perlu diberikan perhatian.
Credit by Ah Meng
3. Grid Kawalan
Credit by Su Tie
Adakalanya, mungkin agak sukar untuk memastikan kedudukan subjek dalam gambar yang ingin diambil.
Namun, anda sebenarnya boleh menggunakan fungsi garisan grid ketika menggunakan kamera pada telefon pintar anda. Ia sebenarnya membantu dalam memberi keseimbangan perspektif.
Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kesukaran untuk mengambil gambar secara lurus, gunakan grid okay!
4. Gunakan kawalan audio atau capture senyuman, tak perlu timer
Adakalanya, anda mesti berasa sukar untuk mengambil gambar sekiranya telefon pintar anda perlu berada pada satu jarak tertentu.
Lebih-lebih lagi ketika mengambil selfie. Jadi, dengan Huawei P40 Series, anda boleh mengaktifkan aturan kawalan kamera menggunakan fungsi audio atau menerusi pengesanan senyuman.
Wah, jadi lebih mudah. Anda tidak perlu menetapkan masa 3 hingga ke 10 saat sebagai persiapan untuk mengambil gambar. Dengan teknologi pengesanan AI dan kawalan audio, anda boleh membidik bila-bila masa apabila sudah bersedia! Hebat bukan!
5.Gunakan tag lokasi
Anda boleh mengaktifkan fungsi tag lokasi untuk membantu memudahkan anda dari segi penyimpanan gambar.
Bagi seorang yang 'kaki' gambar, mungkin anda perlu membuat folder baru berdasarkan lokasi gambar diambil. Namun, fungsi tag lokasi ini akan menyusun atur semua gambar anda dengan sendirinya.
Wah! Jadi anda tak perlu pening nak memikirkan susun atur galeri foto di telefon pintar HUAWEI P40 Series anda!
6. Ultra snapshot
Adakalanya anda momen cantik yang ada di depan anda datang tanpa diduga. Mungkin untuk mengaktifkan kamera mengambil masa sehinggakan momen itu terlepas!
Tapi dengan fungsi ultra snapshot, anda hanya perlu menekan dua kali butang volume rendah sahaja. Nah! Anda boleh terus rakam objek di hadapan anda.
7. Telephoto
Ada tiga ciri utama dalam telephoto, iaitu simplified composition, space compression dan juga depth of field (imej bokeh). Ketiga-tiga elemen itu anda boleh perolehi dengan peranti HUAWEI P40 Series.
Bagi seorang beginner, simplified composition mungkin ciri yang lazim ada dalam foto mereka. Anda hanya mengaplikasikan fungsi zoom in dan zoom out subjek.
Space compression pula menitik beratkan perspektif dan kemahiran anda bermain dengan sudut-sudut menarik.
Credit by The Explorers
Lebih advance jika anda mampu memberikan elemen fokus kepada subjek yang ingin ditonjolkan dalam gambar dengan mengaplikasikan konsep depth of field.
8. Sudut ultra lebar
Jika fungsi telephoto membolehkan anda melihat objek jauh pada jarak dekat, beza pula dengan fungsi sudut ultra lebar.
Dengan fungsi sudut ultra lebar, anda boleh menghasilkan imej kesan khas pada objek. Bayangkan untuk menghasilkan imej kucing gergasi, anda hanya perlu menggunakan fungsi ulta lebar dan mengambil gambar pada jarak dekat!
Credit by Ah Meng
Bahkan, penggunaan fungsi ultra lebar juga boleh digunakan untuk mengambil gambar pemandangan.
Apa yang seronoknya, HUAWEI P40 Series ini dilengkapi dengan elemen sensor dan algoritma yang baik, jadi anda tak perlu risau mengenai jumlah pencahayaan yang diperlukan bagi mengambil satu-satu gambar.
Credit by Chen Wei Kai
Selain daripada itu, HUAWEI AppGallery kini juga mengandungi aplikasi yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Netflix, Instagram, AirAsia, TikTok, Lazada dan banyak lagi.
Apa yang menariknya, AppGallery juga selamat dan ia mempunyai tahap perlindungan yang memenuhi standard piawaian industri. Pengguna boleh jimatkan ruang penyimpanan dengan menggunakan Quick Apps untuk membuka aplikasi tanpa perlu memuat turun aplikasi.
Berita baik buat pengguna P40 series dan MatePad Pro, anda juga boleh menebus ganjaran bernilai RM2,381 di Pusat Ahli HUAWEI dan dapatkan 50 GB penyimpanan HUAWEI Cloud untuk 12 bulan.
Bukan itu sahaja, HUAWEI Malaysia juga kini menawarkan tiga bulan akses premium secara percuma HUAWEI Video kepada semua pengguna P40 series dan MatePad Pro.
Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan peranti HUWEI P40 Series bermula serendah RM2,799 sekarang! Klik sini!
#Advertorial #Huawei #P40 Series
;