Hiburan
“Nak Kahwin Bila Usia Cecah 34, 35” – Yura Girl’s Day
Anggota kumpulan K-Pop Girl’s Day, Yura, 26, akui sudah mula memikirkan tentang perkahwinan.
Bagaimanapun kata Yura, dia meletakkan target untuk berkahwin apabila usianya sudah mencecah 30 tahun ke atas.
“Saya mahu berkahwin ketika umur saya dalam lingkungan 34 ke 35 tahun. Ada orang mengatakan apabila usia sudah menginjak ke 28 tahun maka akan kerap memikirkan tentang hal mendirikan rumah tangga.
“Namun saya akui sejak kebelakangan ini saya sudah mula banyak memikirkan tentang hal-hal yang melibatkan perkahwinan,” katanya.
Difahamkan Yura mula memikirkan untuk mempunyai sebuah keluarga selepas melihat gelagat keluarga bahagia Donnell yang berasal dari Amerika Syarikat hadir ke Korea baru-baru ini.
Perkara itu membuatkan dia berasa tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga.