Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Nak Keluar Dah, Daddy Tak Tentu Arah” – Rody Kristal Imbas Kenangan Isteri Bersalin

Mya Amri 15/01/2021 | 12:25 MYT
Gitaris kumpulan Kristal mengimbas kembali saat manis ketika menemani isteri kesayangan, Niena Azman bersalin sekitar dua tahun lalu.
Rody menerusi akaun Instagram bercerita pengalaman tersebut sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Aditya Jaabar yang kini berusia dua tahun.
Menurut Rody, dia tidak dapat melupakan pengalaman berharga saat pertama kali bergelar bapa.
“Bila kata PKP fuh batal semua 14hb! Jadilah sambutan hari jadi panik pada 12hb! Apa boleh buat. Hari ini genaplah umur anakku @adithya_jabbar 2 tahun!
“Masa nak lahir pergi hospital Putrajaya, 3 cm tapi bilik penuh. Okay tunggu sampai pukul 2. Cek masih 3 cm rasanya. Bilik taka da lagi.
“Tak apalah… Kita cari hospital berdekatan, Adith terus proceed ya! Terus ber cm cm! Nak keluar dah. Fuh… daddy tak tentu arah!
“Okay Asar dulu. Mommy dah dekat bilik. Okay 7 pm Adith dah nak keluar sangat, mommy masuk bilik bersalin.
“Maghrib jap. Bertungkus-lumus mommy. 9.30pm lahirlah anak yang diamanahkan Allah untuk kita jaga.
“Alhamdulillah normal... Adithya Jabbar! Moga Adith jadi anak yang baik dan soleh… Paling penting hormat orang tua, ingat daddy dan mommy k!” tulisnya.

A post shared by official rody kristal (@rodykristal)

Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Adithya Jabbar dan Barie Habibullah.
#Anak #Rody Kristal #Niena Azman
;