BERITA
“Nak Kenal Tahap Nak Jadikan Wife...”- Saharul Ridzwan Dedah ‘Ayat’ Mengorat Ketika Mula Berkenalan Dengan Isteri
Aktor Saharul Ridzwan mendedahkan perbualannya ketika mula hendak berkenalan dan memikat Qaabila Deena Amir yang kini sudah menjadi isterinya.
Menurut Saharul, ketika itu isterinya sudah mempunyai kekasih namun dia tidak pernah berputus asa kerana serius untuk menjadikan wanita itu sebagai isteri.
Malah menerusi perbualan dari messenger laman Facebook itu jelas Qabila berkeras untuk tidak mahu berkenalan dengan Saharul kerana sudah mempunyai kekasih.
Namun kini, Saharul bersyukur wanita yang ‘jual mahal’ itu kini sudah menjadi isterinya.
“25/9/2012
“Time ni aku memang nak mengorat dia. Nekad. Tapi dia jual mahal! Hahahaha. Scroll-scroll terjumpa balik conversation FB.
“Alhamdulillah, syukur Allah aturkan segala yang terbaik buat kami berdua,” tulisnya.
Saharul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia turut memuat naik perbualan tersebut.
Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Luth Ali pada 6 Jun 2017.
Must-Watch Video