Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Nak Kulit Cantik & Sihat? Segalanya Kena Bermula Dengan Hidrasi

Izwan Isa 02/11/2022 | 11:20 MYT

Disebabkan cuaca panas di Malaysia, ramai yang merasakan kulit wajah mereka cepat berminyak, dan hal ini menyebabkan mereka enggan menggunakan pelembab.

Begitupun, ramai yang tidak tahu bahawa tahap kandungan air dan minyak pada kulit perlulah seimbang bagi menghalang penghasilan sebum berlebihan.
Kulit berminyak dan kotor boleh menyebabkan pelbagai masalah pada wajah. Namun, selagi penghidratan diberikan pada kulit, setiap masalah seperti bintik hitam dan garis halus boleh diatasi dengan mudah.
Kandungan paling popular untuk hidrasi adalah Asid Hyaluronik. Sudah tentu, bahan ‘ajaib’ ini turut terisi dalam siri losyen penjagaan wajah jenama terkemuka dari Jepun, Hada Labo Hydrating Lotion.
Merupakan losyen nombor satu di Jepun untuk 15 tahun berturut-turut dan terjual lebih daripada 100 juta botol, Hada Labo Hydrating Lotion yang dahulunya mengandungi empat jenis Asid Hyaluronik kini dipertingkatkan kepada lima jenis Asid Hyaluronik.
Apa yang membuatkan Hada Labo Hydrating Lotion berbeza berbanding produk lain di pasaran?
Asid Hyaluronik mempunyai kelikatan yang tinggi. Ia merupakan penahan air dan pelincir, serta wujud secara meluas dalam badan. Sama sifatnya seperti span, ia boleh memerangkap air dalam jumlah yang banyak dan sering digunakan sebagai rutin asas penjagaan kulit.
Mempunyai pengalaman mengkaji Asid Hyaluronik selama hampir 20 tahun, Hada Labo menerusi Hada Labo Hydrating Lotion dinaiktaraf dengan Fermented HA pertama di dunia.
Penyelidikan dan pembangunan Fermented HA itu diilhamkan oleh asid hyaluronik berusia 600 tahun di Nara, Jepun.
Menerusi proses ini, bakteria asid laktik yang ditapai dalam Asid Hyaluronik bukan sahaja dapat menambah kelembapan, tetapi ia juga dapat mengisi jurang stratum korneum kulit, membentuk pelindung, menahan pelbagai rangsangan luar bagi mencapai bukan sahaja kesan penghidratan, tetapi juga membantu membaiki penghalang kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat dan cerah.
Selain Fermented HA, satu botol losyen penghidratan ini juga mengandungi:
Asid Hyaluronik Besar, Sederhana & Super – 3 jenis Asid Hyaluronik mengikat dengan kuat dan membentuk lapisan perisai pengunci lembapan yang kuat untuk mengekalkan jumlah lembapan yang besar dalam kulit bagi penghidratan tahan lama.
Asid Hyaluronik Nano – Saiz molekul halus Asid Hyaluronik mudah meresap dan menyelitkan kelembapan jauh ke dalam kulit untuk meningkatkan keanjalan dan menyediakan kulit untuk penyerapan ramuan penjagaan kulit yang dipertingkatkan.
Penjagaan kulit Asid Hyaluronik lain di pasaran mempunyai molekul yang agak besar. Hada Labo telah membangunkan Asid Hyaluronik dengan molekul saiz berbeza, yang boleh menembusi ke dalam lapisan kulit yang berbeza untuk mencapai penghidratan yang lebih lengkap.
Bagaimana menggunakan Hada Labo Hydrating Lotion?
Gunakan Hada Labo Hydrating Lotion sebaik sahaja selepas mencuci wajah. Tuangkan sedikit pada tapak tangan dan tekap pada wajah dengan lembut. Mudah bukan untuk mendapatkan kulit wajah yang lembab dan sihat?
Untuk hasil yang lebih baik, gunakan bersama produk penjagaan wajah Hada Labo yang lain. Dapatkan Hada Labo Hydrating Lotion menerusi pautan Shopee ini.

#hadalabomalaysia #HadaLabo #HadaLaboCantikGlow #HLNaturalHealthySkin #HydratingLotion #SkinHydration
;