Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Nak Minta Maaf Kalau Tak Konsisten Layan…” - Reen Rahim

Asyikin Mayudin 03/10/2023 | 11:55 MYT

Pelakon Reen Rahim memohon maaf kepada peminatnya kerana tidak dapat melayan dengan baik ketika di Final Festival Toyota Gazoo Musim 6 & Cabaran GR Vios yang berlangsung di Sepang pada Ahad.

Reen yang juga salah seorang peserta Toyota Gazoo musim 6 memberitahu dia tidak terlalu mesra dengan peminat kerana berdepan dengan masalah kesihatan ketika itu.

“Reen nak minta maaf kalau Reen tak konsisten layan semua peminat yang tegur atau Reen tak mesra sangat. Kesihatan Reen kejap ok, kejap lemah… on and off dari semalam (Sabtu).

“I am so sorry… Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi ya,” kata Reen menerusi laman Instastory miliknya.

Untuk info, pusingan ketiga dan akhir musim 6 perlumbaan Toyota GAZOO dan cabaran GR Vios telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang bermula 30 September sehingga 1 Oktober.

Pemilihan selebriti dan personaliti tempatan yang popular untuk berlumba, mewujudkan festival dan membawa Cabaran Vios di luar trek perlumbaan tradisional bukan sahaja memperkenalkan sukan permotoran kepada orang ramai tetapi meletakkan Toyota di barisan hadapan sukan permotoran di Malaysia.

Musim ke-6 Cabaran GAZOO Racing Vios menyaksikan kemeriahan empat juara baharu dalam Kelas Rookie, Sporting, Super Sporting dan Promosi.

BACA SINI: "Doakan Semoga Segenap Hati Saya Nanti Menutup Aurat ..." - Reen Rahim

BACA SINI: Reen Rahim Terpaksa Tangguh Hamil Setahun - "Saya Anggap Tempoh Bulan Madu"

#Reen Rahim #Peminat Reen #Reen mohon maaf #Reen tak mesra
;