Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Nak Raya Dah Ni, Tapi Kulit Masih Kusam? Selesaikan Masalah Kulit Kusam Dengan Hada Labo Premium Whitening Set!

Izwan Isa 04/04/2022 | 10:50 MYT

Apabila tibanya Hari Raya Aidilfitri, pasti kebanyakan daripada kita akan cuba sehabis baik untuk berhias dan mengenakan pakaian cantik agar penampilan di pagi lebaran kelihatan anggun bergaya.

Namun, apalah maknanya penampilan yang cantik jika kulit wajah masih dalam keadaan kusam dan tak bermaya. Jangan bimbang, set penjagaan kulit Hada Labo Premium Whitening Set boleh membantu!
Terdiri daripada Premium Whitening Face Wash, Premium Whitening Lotion dan Premium Whitening Water Gel, ketiga-tiga produk ini mengandungi ramuan Triple Brightening iaitu Niacinamide, Alfa-Arbutin dan Vitamin C yang mampu untuk memberikan tiga kali kuasa pencerahan pada kulit wajah.
Tidak mengandungi sebarang minyak mineral, wangian, alkohol, sumber haiwan dan pewarna, anda boleh menggunakannya sebagai rutin penjagaan wajah sebelum mengenakan sebarang solekan bagi mendapatkan hasil yang licin dan mulus.
Kalau nak tahu, sebanyak 95 peratus pengguna mengakui keberkesanan produk mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat seawal 14 hari.
Mulakan rutin penjagaan wajah anda dengan cucian wajah Premium Whitening Face Wash. Mengandungi tiga jenis hyaluronic Acid, kulit anda akan terhidrat dengan lebih mendalam selain mengelakkan permukaan wajah menjadi kering.
Hasilnya, kulit wajah akan terasa bersih dan lembut selepas cucian.
Kemudian tuangkan Premium Whitening Lotion ke atas telapak tangan dan tepuk-tepuk bahagian wajah sehingga menyerap. Premium Whitening Lotion mampu mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat, selain mengecilkan pori-pori, menghidrat dan mencerahkan kulit. Ia juga membantu penjagaan kulit seterusnya untuk menyerap dengan lebih baik.
Akhiri rutin anda dengan mengoleskan Premium Whitening Water Gel. Dengan tekstur gel yang ringan, mudah diserap dan tidak melekit, ia menjadikan kulit terasa sangat lembab usai diratakan pada wajah. Sesuai digunakan sebelum mengenakan mask, ia juga membantu meratakan tona dan mencerahkan kulit.
Layari pautan ini untuk mendapatkan Premium Whitening Face Wash manakala klik pautan ini untuk Premium Whitening Lotion. Jangan lupa layari pautan ini juga untuk mendapatkan Premium Whitening Water Gel.
Layari laman web www.hadalabo.com.my dan follow laman sosial Hada Labo di Facebook, Instagram dan Youtube.

#Hada Labo
;