Laman Utama
Nak Raya, Rumah Mesti Nampak Gaya, Kalau Tak Bersih Naya!
Alamak Hari Raya dah nak dekat! Macam mana persiapan korang menjelangnya Aidilfitri ni? Baju Raya dah siap? Rumah dah deko?
Apa-apa pun dalam keterujaan hendak menyambut Syawal yang penuh makna itu, kita haruslah lebih berhati-hati.
Rumah mungkin dah nampak cantik tapi dalam mahu mendekorasi rumah, kebersihan dan sanitasi merupakan perkara penting untuk memastikan semua tetamu dan tuan rumah berada dalam keadaan selamat dan terjaga.
Oleh itu, Gempak nak kongsikan tips untuk menjaga kebersihan rumah dan dalam masa yang sama masih boleh berhias dan nampak gaya.
#1 Dekorasi Ruang Tamu Dah Cun, Tapi Bau Kepam?
Dah bersedia nak sambut tetamu? Ruang tamu korang mungkin nampak kemas tapi cuba dekat dengan sofa dan karpet, adakah masih ada bau yang tidak menyenangkan?
Ini lah yang dikatakan, mendekorasi rumah untuk nampak kemas dan cantik sahaja tak cukup. Malu pula bila tetamu dan kawan-kawan datang tidak selesa dengan bau kepam.
Mudah sahaja, anda boleh hilangkan bau dan mungkin kuman yang tidak nampak dengan mata kasar di sofa, karpet tidak lupa juga langsir dengan Febreze. Dengan semburan Febreze ruang rumah korang pasti lebih berbau segar dan paling penting bersih dan selamat !
#2 Kuman Di Mana-Mana!
Nak menyambut tetamu di Hari Raya ini mungkin agak membimbangkan kerana kuman pasti melekat di mana-mana tanpa kita sedari, jadi tipsnya fokus pembersihan di bahagian permukaan yang rata dan selalu disentuh.
Pastikan semua bahagian seperti pemegang pintu kabinet, tombol pintu, alat kawalan televisyen dan lain-lain sentiasa dilap dengan kain serta cecair sanitasi supaya kuman dapat dimatikan dengan segera dan mengelak daripada ia mudah dijangkiti.
#3 Jangan Abaikan Dapur, Tempat Korang ‘Membawang’ Opps!
Dapur adalah ruang kedua penting bila Syawal nanti ini kerana di situlah tempat korang dan kawan-kawan rapat atau saudara mara yang berkunjung ke rumah hendak berkumpul dan ‘membawang’ opps!
Jadi untuk memastikan dapur sentiasa kemas dan bersih, meja makan serta kabinet dapur haruslah dibiarkan kosong atau banyakkan ruang supaya ia nampak luas dan kemas. Meja dan kabinet dapur pun sentiasalah dilap dengan cecair pembasmi kuman setiap kali anda memasak supaya kotoran serta minyak tidak melekat.
#4 Kasut Berbau Sampai Ke Dalam Rumah?
Ramai yang abaikan bahagian rak kasut kerana tanpa disedari ia boleh membuatkan tetamu terhidu bau yang kurang menyenangkan dari kasut korang yang berbau.
Jangan bimbang, untuk menghilangkan bau serta kuman yang melekat di kasut korang, sembur sahaja dengan Febreze yang pastinya dapat menghilangkan bau dan kuman. Tidak lah mengganggu hidung tetamu yang datang!
Selain itu, untuk tips untuk nampak kemas ruang hadapan anda, pilih rak kasut yang tertutup dan hilang dari pandangan.
#5 Lupa Cuci Cadar?
Dalam sibuk mengemas rumah, biasanya bilik tidur pasti ruang yang paling terakhir hendak diuruskan, lebih-lebih lagi bila korang terlupa nak cuci cadar menjelang Raya.
Jangan risau, semburan pembasmi kuman dan bau, Febreze kan ada? Sembur sahaja pasti kuman dan bau pun hilang.
Kena ingat juga, bilik tidur akan menjadi ruang rehat untuk lari sebentar dari kesibukkan tetamu yang datang berkunjung di Hari Raya nanti. Jadi mood korang mesti baik dan tenang untuk berehat dan tidur sebentar.
#6 Sentiasa Sanitasi Setiap Sudut
Virus dan kuman sentiasa ada di mana-mana, jadi amat penting untuk anda pastikan setiap sudut di dalam rumah korang disanitasi. Mungkin sukar untuk anda setiap masa memanggil pakar sanitasi datang ke rumah setiap kali tetamu datang.
Bagi memudahkan kerja korang dalam masa yang sama hendak memastikan semua berada dalam keadaan bersih dan selamat. Semburkan sahaja Febreze yang pastinya dapat menghilangkan bau dan kuman.
Justeru, pastikan Febreze menemani dan melengkapkan Hari Raya korang untuk menghilangkan bau dan membasmi sehingga 99.9% virus dan kuman untuk mengekalkan kebersihan rumah.
Oleh itu, raikan Hari Raya ini dengan gembira dan dalam masa yang sama pastikan semua berada dalam keadaan selamat dan bersih.
Aidilfitri ini juga pasti meriah jika anda dan keluarga serta tetamu dapat berhibur dengan lakonan pelakon Uqasha Senrose dan Shukri Yahya di slot Mega Drama, Rindu Awak Separuh Nyawa yang ditayangkan di Astro Ria (saluran 104), setiap hari Isnin dan Selalu jam 10 malam.
Tunggu apa lagi? Dapatkan Febreze diskaun sehingga 20%, sekarang di semua cawangan Watson atau di watsons.com.my.