Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Nak Siakap Stim Limau Ala Thai Rasa Lagi Padu? Tok Ram Dedah Rahsianya, Cara Ikan Dibasuh!

Mya Amri 26/11/2020 | 10:03 MYT

Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS memberikan tips untuk menyedapkan lagi resipi kegemaran ramai, Siakap Stim Limau Ala Thai.

Menerusi episod ketiga Sedapur Bersama Tom Ram kali ini, penonton dapat melihat bagaimana cara Tok Ram menyediakan juadah berkenaan bersama tetamu jemputan paling havoc, Nabil Ahmad.

Ketika ditanya Nabil mengenai rahsia tertentu untuk menyedapkan lagi hidangan itu, Tok Ram mendedahkan ia bergantung pada cara membersihkan ikan.

Tidak hanya memasak, Tok Ram juga berkongsi cerita bagaimana pandai memasak.

Tok Ram memberitahu disebabkan gemar melancong dan mengunjungi pelbagai jenis hotel, secara tidak langsung dia telah menjalinkan persahabatan dengan cef-cef di beberapa tempat.

Tok Ram juga belajar beberapa tips dan trick lain untuk menyedapkan makanan daripada sahabat-sahabatnya itu.

Dalam pada itu, Tok Ram juga memberikan pandangan terhadap keperibadian Nabil.

Kata Tok Ram, Nabil sebenarnya seorang yang sangat berbeza dalam dunia realitinya.

Mungkin ramai yang nampak Nabil sebagai seorang yang lantang namun pada hakikatnya dia seorang yang sangat sopan.

Sebagai seorang anak seni, Tok Ram juga memahami bahawa adakalanya selebriti harus membuat versi lain mereka di atas pentas untuk tujuan bekerja.

Sedapur Bersama Tok Ram ditayangkan pada setiap Khamis, pukul 9.00 malam di NAURA (saluran 109).

#Datuk Ramli MS #Sedapur Tok Ram
;