Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Nak Tangkap Sajat Ke John Wick Ramai-Ramai Ni?” - Netizen Pelik Kenapa JAIS Kerah 122 Anggota

Hanafis Haris 26/02/2021 | 10:20 MYT

Nama usahawan kosmetik, Nur Sajat sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini sedang mengesan individu tersebut.

Difahamkan Sajat dikenakan waran tangkap tanpa jaminan selepas gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya.

Pengarah Jais Datuk Mohd Shahzihan Ahmad kemudian mengesahkan menerima waran tangkap terbabit daripada mahkamah, semalam.

Malah, anggota penguat kuasa Jais teah diarahkan untuk mencari dan menahan Sajat.

Biarpun begitu, menerusi laporan dikeluarkan Malaysia Gazette, JAIS dikatakan telah mengerahkan seramai 122 anggota dan pegawai penguatkuasanya untuk mencari dan menangkap selebriti kontroversi tersebut.

Dakwaan itu kemudian menimbulkan persoalan ramai berhubung keperluan anggota sebanyak itu.

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat Jais tidak memerlukan jumlah sebanyak itu hanya semata-mata untuk menahan Sajat.

“Seriously? Ramai betul sampai 122 orang, Sajat seorang je kan.”

“Nak nak tangkap John Wick ke apa sampai 122 orang.”

“Tudiaa, 122 orang weh, ramai-ramai buat apa” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, ramai juga yang mempertahankan JAIS dan meminta orang ramai menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa.

“Dunia akhir zaman, orang hentam JAIS, defend Sajat.”

“Biarlah JAIS buat kerja, mesti ada sebab tu, tangkap salah tak tangkap pun salah” tulis beberapa netizen lagi.

Terdahulu, Nur Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee @ Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

#Viral #Mahkamah #sajat #JAIS #Tahan
;