Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Nak Taubat, Bayar Jer RM20? Jabatan Agama Islam Diarahkan Supaya..

Hanafis Haris 24/04/2022 | 01:40 MYT

Aneh dan pelik! Itulah yang berlaku apabila munculnya satu iklan laman sosial yang menawarkan pakej taubat dengan bayaran RM20.

Susulan daripada itu, Jabatan Agama Islam negeri diminta menyiasat kemunculan pakej berkenaan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, siasatan itu perlu bagi mengesan mereka yang terbabit dengan pakej berkenaan untuk diambil tindakan.

“Nak bertaubat kena bayar duit ini adalah tidak betul dan jika tidak mempunyai ilmu, kita mudah ditipu orang lain.

“Allah suruh kita mengajar dan belajar jadi orang berilmu kerana dengan adanya ilmu, kita tidak mudah ditipu,” katanya.

Dalam pada itu, Idris turut menggesa agensi di bawah kementeriannya seperti YaPEIM agar menyantuni golongan miskin dan tidak hanya menunggu di pejabat.

“Kita minta semua pegawai agensi yang terlibat dengan masyarakat supaya pergi mencari mereka dan biarlah kita sendiri pergi santuni mereka,” katanya.

Beliau juga berkata pihaknya memutuskan untuk membentuk sebuah jawatankuasa bagi membantu golongan rentan.

“Jawatankuasa itu juga mempunyai pelan tindakan bersama agensi lain supaya pengisian khidmat tersebut diberikan kepada mereka yang tinggal di situ termasuk yang terlibat dengan pusat pemeliharaan kanak-kanak,” katanya.

Sumber : Bernama

#Viral #Taubat #JabatanAgama
;