Laman Utama

#NakCakapSikit: Covid-19, Varian Delta Makin Mengganas…Wajar Atau Tidak Sekolah Dibuka 1 September Ini?

Fiza Kamarudin
11/08/2021
12:27 MYT
Sponsor Banner
#NakCakapSikit: Covid-19, Varian Delta Makin Mengganas…Wajar Atau Tidak Sekolah Dibuka 1 September Ini?
Rasanya ramai sudah tahu mengenai varian Delta yang juga virus bermutasi Covid-19 sedang menular di negara kita.
Virus ini yang pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2 kini telah dilaporkan di hampir 100 negara dan lebih berbahaya.
Saban hari ada sahaja kes kematian dilaporkan disebabkan varian baharu ini, dan belum sempat kita hadam…Tiba-tiba muncul pula varian Delta Plus tetapi belum ‘lepas’ masuk ke Malaysia.
Harap-harap tidaklah ye. Sebab yang sekarang ini pun sudah cukup membimbangkan apatah lagi nak berdepan dengan Delta Plus ataupun Lambda.
Aduh…mintak dijauhkan!
Jujur…Dalam banyak-banyak isu, #NakCakapSikit agak paranoid dengan topik pembukaan sekolah yang dijangka akan dibuka semula pada 1 September ini.
Bukannya apa, anak-anak kita yang di bawah 12 tahun belum ada ‘pelindung’ (suntikan vaksin) jadi #NakCakapSikit memang ragu-ragu tentang cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini.
#NakCakapSikit harap KPM dan YB Menteri dapat mempertimbangkan semula cadangan ini kerana kes Covid-19 masih tinggi!
Janganlah kata “kita boleh cuba dulu” sebab tak sesuai rasanya nak ‘try an error’ dalam situasi sekarang.
Takkanlah kita nak tunggu kes jangkitan Covid-19 melibatkan kanak-kanak dan pelajar sekolah seperti di Amerika Syarikat (AS)?
Kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak di negara Uncle Sam itu meningkat kepada 84 peratus minggu lalu dengan sejumlah 72,000 kanak-kanak disahkan positif virus itu.
#NakCakapSikit setuju dengan ahli parlimen Maszlee Malek yang mengatakan pembukaan secara menyeluruh sekolah pada 1 September ini dikhuatiri akan membuka ruang jangkitan lebih besar kepada murid dan warga sekolah.
Maszlee juga memohon mempertimbangkan membuka sekolah di luar bandar seperti sekolah kurang murid, sekolah pedalaman dan sekolah yang sudah mencapai imuniti kelompok.
Dan pembukaan sekolah perlu dilakukan secara berfasa terutama di luar bandar terutamanya di kawasan hijau.
Logiknya, kanak-kanak ini sejauh manalah mereka boleh menjaga SOP! Kita hantar pergi sekolah memang cantik dengan pelitup muka. Agaknya selepas 15 minit, pelitup muka pun entah ke mana.
Itu belum kira bertepuk tampar dengan kawan-kawan lagi. Lagi-lagi yang berusia 4 hingga 10 tahun. Sedangkan atas daripada usia itu pun culas jaga SOP…Apa tah lagi yang kecil-kecil ni?
Jadi #NakCakapSikit harap ada penyelesaian bagi isu ini.
Buat sementara ini KPM mungkin boleh mempelbagaikan saluran televisyen kerajaan dan swasta dalam menambahbaik sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Seperti dicadangkan Maszlee di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Ni #NakCakapSikit letakkan diri anda dalam kasut rakyat. Kami bimbang, setiap hari kami (rakyat) diberitakan dengan cerita kematian, malah melibatkan orang terdekat.
Tolonglah!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar