Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

NakCakapSikit: Huh! Bomoh Covid? Seriuslah Wei!!!

Fiza Kamarudin 02/06/2021 | 14:45 MYT
Hari ini negara kita dikejutkan dengan rekod kematian harian tertinggi Covid-19 iaitu sebanyak 126 kes.
Allahu, semakin hari #NakCakapSikit semakin bimbang dengan keselamatan diri termasuk ahli keluarga dan sahabat handai sebab nampaknya virus ini agak ‘degil’.
Sudah satu tahun 3 bulan kita semua hidup bersama Covid-19 dan nyawa juga sudah banyak yang melayang.
Tapi, dalam pada kerajaan duk berbuih-buih mulut berpesan setiap hari, ada juga yang masih degil.
Semalam #NakCakapSikit rasa sedih membaca berita megenai tindakan 37 individu menunaikan solat berjemaah di masjid tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintahan Kawalan Pergerakan (PKP).
Kejadian tersebut berlaku di sebuah masjid dan surau di Pasir Mas, Kelantan, kira-kira jam 9 malam Ahad lalu.
Kesemua mereka dikenakan kompaun dan #NakCakapSikit harap kejadian ini dijadikan pengajaran, apatah lagi ada kanak-kanak dalam lingkungan usia 5 hingga 10 tahun turut ditahan.
Dan sudah tentu, yang membawa mereka adalah golongan dewasa. #NakCakapSikit masih tak faham kenapa begitu degil? Masih beranggapan yang Covid-19 ini PERMAINAN? PENIPUAN?
Atau percaya kepada BOMOH-BOMOH yang mengaku boleh hilangkan COVID-19? Dua tiga hari ni, viral pula beberapa info grafik kononnya mampu sembuhkan pesakit COVID-19 dengan hanya meminum air jampi!
Allahu…Ada ke yang percaya kepada bomoh-bomoh ni semua? Covid-19 boleh sembuh hanya dengan minum air penawar? Real la sikit….!
Tak terfikir ke yang ramai-ramai pergi jumpa bomoh ni boleh terkena jangkitan? Atau bomoh tu sendiri sudah dijangkiti tapi korang tak tahu?
Jangan macam tu kawan…Frontliners kita dah semakin penat, kita sama-sama bantu mereka! Korang nak ke sampai ke tahap kena pilih siapa yang patut mati, siapa yang patut hidup?
Ya, mungkin tak terkena kepada ahli keluarga sendiri jadi korang anggap Covid-19 ini dongeng!
Ni…#NakCakapSikit…Jangan dah nak terberak nanti baru nak gali lubang ya!
#NakCakapSikit #Sembuh Covid #Air Jampi #Bomoh Covid19
;