Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#NakCakapSikit: Tak Ada Sijil Digital Vaksinasi, Lepas Tu Minta Orang Punya? Boo!

Fiza Kamarudin 25/08/2021 | 12:40 MYT

Okay hari ni #NakCakapSikit straight to the point je. Tak kuasa nak berbasa-basi sebab rasa menyampah dan meluat dengan beberapa isu berkaitan golongan tak percaya vaksin ni.

Yang #NakCakapSikit perasan, golongan tak percaya vaksin sekarang ni pecah kepada dua kumpulan. Kita namakan kumpulan A dan B lah ye…
Kumpulan A ni memang sejenis anti vaksin tegar. Haaa…yang memang tak percaya langsung apa-apa jenis vaksin pun yang wujud di muka bumi ni.
Yang kumpulan B ni pula, diaorang tak percaya pada vaksin Covid-19. Antara alasan yang diberi ialah vaksin-vaksin ni belum habis kaji dah diberikan kepada orang ramai. Kononnya yang ambil vaksin ni tikus makmal lah.
Tapi yang kelakar tu, bila kerajaan beri kelonggaran kepada individu yang sudah lengkap dua dos vaksin, pandai pula kumpulan A dan kumpulan B ni ‘merentan’.
Ada pula yang bijak sikit, palsukan sijil digital vaksinasi semata-mata untuk mendapat hak sama macam orang yang dah lengkap dua dos vaksin.
Alahai…tak malu ke? Tahu tak berapa lama masa yang diambil untuk mendapatkan 1 dos vaksin? Ada yang tunggu berbulan-bulan!
Dan bila dah dapat giliran tu, kena pula beratur panjangggg di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Itu tak termasuk dengan masalah pada MySejahtera lagi.
Orang lain bersusah-payah, berkorban masa nak ambil vaksin korang senang-senang je ambil jalan singkat.

Macam tadi #NakCakapSikit terbaca fasal seorang wanita ni mengamuk bila kawan dia tak mahu ‘pinjamkan’ sijil digital vaksinasi kepadanya. Siap dimaki hamun lagi orang tu.

Kononnya nak tengok-tengok sahaja sebab dia tak ada sijil tu, maklumlah tak mahu pergi cucuk vaksin kan.
Hujung-hujung mengaku nak guna sijil digital kawan tu untuk pergi jalan-jalan ke shopping mall dan dine-in!
Ewah! Ewahhhh…Melampau. Rasanya tak terlambat lagi kalau kau daftar untuk suntikan vaksin! Jangan menyusahkan orang lain, sedangkan kau yang selfish!
Tapi #NakCakapSikit puji wanita yang bertegas tak mahu beri kawan dia sijil digital tu. Ingat, korang semua pun jangan sesekali bagi sijil digital vaksinasi tu kepada orang lain tau.
Yang penting #kitajagakita, yang tak ada sijil tu, biar dorang mereput dengan ego dan ‘kebijaksanaan’ serta teori masing-masing!

#Viral #. #Vaksin #Anti Vaksin #COVID-19 #Nak Cakap Sikit #NakCakapSikit #Sijil Digital Vaksinasi
;