Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#NakCakapSikit:  Tak Coolnya Kena ‘Block’ Dengan Kawan Sebab Selalu Share Gambar Makanan Kat Media Sosial!

Fiza Kamarudin 07/07/2021 | 11:32 MYT
#NakCakapSikit perhatikan musim semua orang kena duduk rumah ni semakin ramai berkongsi foto masakan atau makanan yang dimakan.
Sorrylah, hari ni intro #NakCakapSikit straight to the point sebab tiba-tiba terfikir pula tentang gambar-gambar makanan lazat yang dikongsi tu.
Kadang-kadang tu telur kicap je pun, tapi sebab orang lain kongsi…terus terliur! Tak mewah pun menu yang dikongsi tapi cukup menyelerakan.
Tapi #NakCakapSikit ada juga terbaca ada segelintir warganet marah-marah kalau orang lain kongsi gambar makanan, katanya tak sensitif dengan keadaan sekarang.
Ada jugak yang putus sahabat gara-gara kongsi gambar makanan di media sosial ni tau. Mengucap panjang kita, wak!
Macam ni lah ya, #NakCakapSikit suka nak ingatkan kawan-kawan semua supaya memandang apa sahaja yang dilakukan orang lain dari sudut positif.
Entah-entah itu cara orang yang pos gambar makanan atau masakan tu nak hilangkan rasa stress dia. Baiklah begitu kan daripada dia buat perkara yang bukan-bukan.
Ada yang kata berdosa buat orang lain terliur sebab mereka tak dapat makan makanan tu. Begini, setiap perbuatan kita dinilai ikut niat di hati kita jika niat baik, dapat pahala tapi jika niat sebaliknya dapat dosa.
Yang melihat post tu pun tak boleh lah terus hukum yang kawan korang tu sengaja menunjuk-nunjuk! Alah…kalau sekadar kari udang, mungkin korang boleh mintak resipi kan? Positif gais!
Kalau semua benda korang tengok negatif, memang buruklah nampak semuanya. Sebab #NakCakapSikit rasa, nak share dengan tak ni, hak masing-masing. Kalau rasa menyampah, unfollow (kalau itu yang boleh buat hati korang senang)!
Tapi sebaik-baiknya jangan judge!…Upload-upload dalam medsos ni very subjective sebab kita tak tahu niat mereka share. Untuk riak, kenangan di masa hadapan atau memberi inspirasi kepada orang lain?
Kepada yang kena block dengan kawan sendiri tu #NakCakapSikit harap awak tak kecewa. Biasalah dalam kawan-kawan kita tu mesti ada haters! Semua benda kita buat salah!
Haters gonna hate! Giteww!
Ni #NakCakapSikit, lepas ni kalau nak share apa-apa pun hak masing-masing ya, asalkan tidak melampaui batas. Baiklah tengok orang kongsi gambar makanan daripada foto tak senonoh di medsos! Aibbbb!
#Nak Cakap Sikit #NakCakapSikit #NCS #Jangan Kongsi Gambar Makanan
;