Hiburan

Nama Digugurkan Beberapa Stesen TV, Jay Iswazir Anggap Bukan Rezeki - “Tipu Saya Kata Tidak Kecewa Tapi…”

Ernalisa
09/01/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Nama Digugurkan Beberapa Stesen TV, Jay Iswazir Anggap Bukan Rezeki - “Tipu Saya Kata Tidak Kecewa Tapi…”
Pelakon Jay Iswazir terkilan apabila namanya digugurkan daripada beberapa stesen televisyen disebabkan kontroversi melibatkan rumah tangganya.

BERITA BERKAITAN: Terima Ugutan Gara-Gara Dituduh Dayus Terhadap Bekas Isteri, Jay Iswazir; - " Ujian Ini Untuk Cuci Dosa-Dosa Saya"

BERITA BERKAITAN: Ada Sebab Jay Iswazir Lama Berdiam Diri, Tetap Mahu Bekas Isteri Buat Permohonan Maaf - "Bukan Nak Larikan Diri Tapi..."

Menganggap apa yang berlaku tidak berpihak padanya, Jay bagaimanapun tidak mahu terlalu memikirkan soal berkenaan sehingga boleh menjejaskan mental.

“Ya memang betul ada beberapa tawaran berlakon yang saya terima kini nama saya telah digugurkan. Saya perasan sejak kontroversi isu rumah tangga yang berlaku memang ada nama saya ditolak produksi tertentu.

“Tipu saya kata tidak kecewa, tetapi saya berfikir baik itu bukan rezeki saya dan mungkin akan ada yang lebih baik untuk diri saya pada satu masa nanti,” katanya ditemui media pada siding media Dajal baru-baru ini.
Kata Jay, walaupun namanya digugurkan oleh beberapa produksi, dia tetap bersyukur masih ada tawaran untuknya berlakon.
“Dalam saya diuji dengan pelbagai masalah dan kemelut rumah tangga bersama bekas isteri,syukur masih ada beberapa produksi yang mahu bagi saya kerja.
“Sebab itu dengan apa yang berlaku, saya belajar untuk sentiasa bersangka baik dengan caturan ditetapkan Allah, saya yakin ada yang baik-baik disebalik kesedihan yang kita alami,” katanya.
Kata Jay, dia kini masih lagi dalam tempoh bertenang.
“Saya mahu tenang Sahaja, sebab itu sekarang saya ambil pendekatan untuk berdiam. Banyak yang saya fikirkan.

“Cuma bezanya kali ini, saya lebih banyak memikirkan khilaf saya sebagai manusia. Apapun saya reda dengan semua ini,’’ katanya.

Bekas suami isteri ini mula mendapat perhatian ramai apabila kisahnya bercerai mendapat perhatian media.
Azzahra dan Jay berkahwin pada Mac 2022, namun, tidak dikurniakan cahaya mata.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024