Laman Utama
Nama Dua Anak Malaysia Di Kredit Akhir Filem Spider-Man: No Way Home, Netizen Tumpang Bangga! - “Bakat Lokal Yang Power”
Nama seorang anak Malaysia, Dayang Norrafida Abang Suhaili mencuri tumpuan ramai terutamanya mereka yang sudah menonton filem Marvel terbaharu, Spider-Man: No Way Home.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @sirennextdoor berkongsi perkara tersebut untuk tatapan umum.
Menurutnya, nama Dayang Norrafida tertera di bahagian kredit akhir filem adiwira tersebut sehingga dia terpanggil untuk membuat carian di Google.
“Saya ternampak nama di babak kredit akhir filem Spiderman, No Way Home. Dan cuba teka, dia orang Malaysia, ada tertera MMU (Multimedia University) di bionya.
“Bakat tempatan boleh pergi ke antarabangsa, lengkapkan diri anda dengan kemahiran yang menjadi permintaan tinggi dan pergi!” tulisnya di ruangan kapsyen.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi perkongsian wanita itu lagi, difahamkan Dayang Norrafida bekerja di Luma Pictures sebagai koordinator produksi yang menyumbang kepada kelancaran proses pembikinan sesebuah filem.
Selain Spider-Man, antara filem Marvel lain yang telah mendapat sentuhan Dayang Norrafida adalah Shang Chi and The Legends of Ten Rings, Loki dan The Eternals.
Selain Dayang, seorang lagi nama anak Malaysia yang mejadi sorotan ramai adalah Liyana Omar.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya tumpang bangga dan memuji usaha anak Malaysia sehingga hasil kerjanya mendapat perhatian produksi antarabangsa.
“Wow, my exschoolmate's sister! Viral lah Fida lekak tok,” komen seorang wargamaya.
“I saw her name in the credits and got to say that she excels well in her field,” puji seorang wargamaya.
“I saw Liyana Omar but not so sure if she is Malaysian or not,” ujar seorang wargamaya.
“Yes nampak juga nama dia. Sambil-sambil tunggu end credit dan perasan satu nama macam Malaysian. betul rupanya. Kudos,” tulis seorang wargamaya.
“If I'm not mistaken ada 2 nama macam Malaysian,” kata seorang wargamaya.
“Thanks to post-credit scene. kalau tak kerana nk tunggu post credit scene tu aku pun tak perhati dan realise nama-nama melayu yang involve dalam movie Spiderman ni.. and mata akan automatically tertumpu dekat nama yang macam ehh ni nama melayu ni,” luah seorang wargamaya.
“Wow local talent yang power,” ujar seorang wargamaya.
“Terkejut gak tengok credit title ada a few nama macam local but tak expect pulak memang Malaysian,” komen seorang wargamaya lagi.