• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
"Gelaran Boleh Berubah, Maruah Tidak" - Wanita Sebak Terserempak Bekas Guru Besar Kutip Kotak Pada Usia 81 Tahun
HIBURAN
Song Ji Hyo Kongsi Cabaran Kerja Jadi Penyelam Di Pulau Jeju - “Melangkau Imaginasi! Tanpa Tangki Oksigen, Menyelam 20 Meter Dalam Laut…”
HIBURAN
Boyz II Men Hidupkan Semula Kenangan R&B 90-an Di Mega Star Arena
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Nama Zayn Rayyan Dipinda Kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan

Ainun Md Zooki
26/07/2024
05:25 MYT
Sponsor Banner
Nama Zayn Rayyan Dipinda Kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat dimaklumkan nama kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh pada Disember lalu telah ditukar kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan.
Dalam prosiding sebutan di hadapan Hakim Syahliza Warnoh, peguam bela, Fahmi Moin yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf turut menyerahkan dokumen sijil kelahiran yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Sehubungan itu, pihak pembelaan memohon nama kanak-kanak itu dipindakan dalam kertas pertuduhan.
"Kami menerima cabutan daripada pihak JPN melalui anak guam kami pada 4 Julai lalu, satu keputusan pembetulan dalam sijil kelahiran telah dikeluarkan JPN Selangor di mana anak kepada pasangan Zaim Ikhwan dan Ismanira telah dibetulkan.

"Cabutan tersebut telah disahkan dengan sijil kelahiran, di mana catatan nama penuh arwah Zayn Rayyan adalah Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar yang mengesahkan menerima dokumen itu.
"Memandangkan saya baru saja terima (salinan sijil kelahiran) pagi tadi jadi saya mohon mahkamah menetapkan tarikh akan datang untuk pindaan nama itu," katanya.
Dalam pada itu, Syahliza mengarahkan pasukan pendakwaan untuk menyemak kesahihan dokumen itu dengan JPN sebelum prosiding akan datang.
Peguam pemerhati dari Majlis Peguam, Vivek Sukumaran dan Jason Wee turut hadir pada prosiding pertama kes ini.
Pada 28 Jun lalu, ibu dan bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan dan Ismanira didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu.
Kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 29 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan, 6, mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Pada 6 Disember tahun lalu, mayat anak mereka itu ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
#Ibu Bapa
#Tukar Nama
#Zayn Rayyan
#Makhmah
Must-Watch Video