Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Nampak Batu Karang Keluar..." - Fizz Fairuz Bawa Almy Nadia Jalani Perubatan Tradisional

Asraf Aided 14/09/2020 | 07:24 MYT
Pelakon Datuk Fizz Fairuz akui kurang yakin dengan kata-kata doktor mengenai penyakit yang dihidapi isterinya, Datin Almy Nadia yang dimasukkan ke hospital bulan lalu.
Menurut Fizz, dia percaya dengan keputusan ujian yang dibuat, namun ada sedikit keraguan kerana doktor yang terlibat itu sendiri kurang pasti dengan keadaan sebenar yang berlaku pada sistem dalaman isterinya itu.
"Almy dimasukkan ke hospital selama empat hari bulan lalu, dia telah disaspek ada batu karang dalam hempedu dan telah menjalani ujian ultra-sound dan MRI.
"Pada masa yang sama, doktor kata batu-batu itu telah jatuh ke dalam ususnya.
"Namun begitu, kata-kata doktor itu tidak meyakinkan saya kerana menurutnya, batu karang jatuh ke dalam usus itu adalah satu kemungkinan.
"Apabila doktor kurang yakin, secara tak langsung, ia membuatkan saya juga kurang keyakinan untuk teruskan proses pembedahan Almy di hospital," katanya kepada Gempak.
Fizz berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Tanya Sama Pokok di Sungai Besar, Kuala Selangor semalam.
Tanya Sama Pokok yang diarahkan oleh Sabri Yunus itu akan menemui penonton bermula 21 September 2020, setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
Tambah Fizz, selepas empat hari Almy berada di hospital, dia telah membuat keputusan untuk mengeluarkan isterinya itu dan menjalani perubatan secara tradisional.
"Saya beritahu Almy, saya akan ambil risiko, keluarkan dia hari hospital dan pergi berubat secara tradisional.
"Saya tahu tempat perubatan tradisional yang terletak di Melaka itu kerana ada artis yang sudah kena penyakit batu karang berubat dengannya sebelum ini.
"Ketika menjalani perubatan itu, batu-batu karang dapat dikeluarkan menggunakan tangan pengamal perubatan tersebut dan ia dapat dilihat oleh mata kasar kita sendiri.
"Dia hanya meletakkan tangan ke bahagian tubuh yang terlibat, kemudian tiba-tiba muncul batu-batu halus pada tangannya," katanya lagi.
Dalam pada itu, Fizz juga gembira kerana keadaan kesihatan Almy semakin baik sejak kebelakangan ini.
"Alhamdulillah, keadaan dia bertambah baik, sihat dan bertenaga, siap boleh datang ke lokasi penggambaran saya yang jauh dari Kuala Lumpur untuk hantar makanan," selorohnya.
BACA : Ada Batu Karang Dalam Hempedu Almy, Fizz Pesan Jangan Makan Jamu
BACA : Almy Nadia Masuk Hospital, "Tak Tahu Lagi Sakit Apa ..."
#Fizz Fairuz #Almy Nadia #Almy Nadia #Batu Karang
;