Laman Utama
"Nampak Lemah Lembut Tapi Semangat Macam Godzilla" - Stacy Puji Marsha, Sakit Pun Tetap Perform All Out!
Komposer bersama lagu Cinta, Stacy Anam memuji kecekalan hati penyanyi Marsha Milan yang bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-36 baru-baru ini.
Kata Stacy, biarpun masih belum sihat sepenuhnya dari COVID-19, Marsha tidak mengalah dan membuktikan kebolehan dirinya untuk beraksi dengan semangat luar biasa.
"Mahu nangis nampak effort yang dia bagi dalam tanggungjawab dia sebagai orang yang menyampaikan lagu Cinta dengan baik.
"Saya tahu Marsha punya dugaan dan struggle sebelum malam AJL tu sangat-sangat berat dengan kena COVID-19. Malah, bercakap pun dia masih kedengaran sakit.
"Tapi komitmen dan semanga ni sumandak Tamparuli memang tak dijangka.
"Nampak luaran dia lemah lembut tapi sebenarnya semangat perjuangan dalam dia macam godzilla juga. Tak sia-sia perjuangan kau, saya respek betul," puji Stacy yang menggunakan nama Bunga Cantik.
Selain Stacy, lagu yang dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik dan tempat kedua AJL36 itu turut dicipta oleh suaminya, Akim yang menggunakan nama pena Hang Nadim.
Sementara itu, Stacy turut berterima kasih kepada Akim kerana memberikan peluang untuk mencuba berkarya dalam bidang muzik.