Laman Utama

“Nampaklah Arwah Seperti Menahan…”- Didie Alias Nafi Ridzuan Hashim Pencilkan Diri Ketika Raya

Syafiqah Jalal
06/05/2023
00:47 MYT
Sponsor Banner
“Nampaklah Arwah Seperti Menahan…”- Didie Alias Nafi Ridzuan Hashim Pencilkan Diri Ketika Raya
Pelakon Didie Alias menafikan dakwaan kononnya Allahyarham, Ridzuan Hashim mengasingkan diri ketika sambutan raya bersama dirinya dan anak-anak baru-baru ini.
Malah Didie tampil menjelaskan kisah sebenar disebalik foto sambutan Syawal yang didakwa kelihatan seolah-olah bekas suaminya memencilkan diri dari bergaul bersama keluarga dan anak-anaknya.
“Sebenarnya kami sambut Raya seperti biasa sahaja…Cuma tahun ini kita lihat dia agak kurang bercakap.
“Tapi nampaklah dia seperti sedang menahan (sedang sakit)…
“Cumanya ketika kami bergambar ramai-ramai dengan anak-anak serta keluarga besar tiba-tiba tak sedar dia datang menyelit. Kerana sebelum itu dia di tandas.
“Kami pun tak perasan dia menyelit sebab mahu juga join kami bergambar. Dia memang tidak pernang mengasingkan diri dan seronok bergaul dan makan bersama kami,” kongsinya kepada Gempak.
Semalam satu rakaman video keluarga Didie telah menjadi perhatian ramai selepas menunjukkan arwah kelihatan seperti memencilkan diri di tepi tangga tempat mereka bergambar.
Menurut Didie, Syawal tahun lalu merupakan pengumpulan keluarga besar mereka bersama bekas suami selepas lebih 20 tahun tidak bersama.
“Raya tahun lepas sangat sempurnah apabila kami dapat berkumpulan selepas saya dan Ridzuan bercerai sejak lebih 20 tahun lalu.
“Kami sangat gembira kerana dapat berkumpul seperti keluarga dan saya bersyukur kerana mempunyai suami yang sangat memahami keadaan kami,” katanya.
Ridzuan atau Mohd Ridzuan Hashim, 62, meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Khamis selepas rebah ketika sedang bersarapan di kediamannya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Ridzuan berkahwin dengan Didie pada 1991 dan dikurniakan lima cahaya mata, namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 2002.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar