Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Nana Mahazan Surprise Mak & Abah, Hadiahkan X70! –“Berkongsi Bukan Riyak, Tapi...”

Fiza Kamarudin 03/11/2021 | 05:52 MYT
Penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan berkongsi rasa gembira apabila misi untuk membuat kejutan kepada ibu dan bapanya berjaya.
Nana menerusi laman sosial Instagram (IG), memuat naik hantaran video ketika menghadiahkan kenderaan jenis SUV X70 kepada ibu dan bapa kesayangannya.
Menurut Nana, tujuan dia berkongsi momen tersebut bukan kerana riyak tetapi sebagai pemangkin semangat kepada semua agar terus berusaha untuk menggembirakan kedua orang tua.
“Misi kejutan untuk mak dan abah semalam. Emak sebut-sebut tentang kereta ni dah lama. Lima bulan juga tunggu, iye lah sbb MCO kan..But syukur Alhamdulillah.
“Berkongsi dengan semua bukan niat menunjuk jauh lagi riak. Moga kita sama-sama dapat teruskan usaha kita untuk menggembirakan ibu bapa kita.
“Jangan pernah mengalah, jangan pernah penat. Berusahalah untuk sentiasa memberikan yanag terbaik. Bukan hasil sahaja yang dipandang,
“Usaha lebih jauh dihargai. Tiada apa-apa pekerjaan kalau kita buat kerana Allah dan untuk menggembirakan yang kita saya, tiada yang sia-sia,” katanya.
Sementara itu diruangan komen, rata-rata pengikut terharu selepas melihat reaksi ditunjukkan ibu dan bapa Nana menerusi video dikongsi.
“I never aspect this,” kata bapa Nana meluahkan rasa terharu dengan hadiah istimewa pemberian anaknya itu.
#Pengacara #Hadiah #Nana Mahazan #X70
;