Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Nana Mirdad Jelaskan Kenapa Menu Makanannya Berbeza Dengan Pembantu Rumah?

Maliah Surip 03/11/2022 | 01:44 MYT

Pelakon Nana Mirdad berkongsi mengenai menu masakan yang dimasak untuk diri dan suaminya, Andrew White.

Sayangnya, perkongsian tersebut mendapat sindiran daripada pengguna media sosial yang menganggap pasangan itu sebagai ‘tidak adil’ dan bersifat double standard apabila memasak makanan yang berasingan daripada pembantu rumahnya.
Tidak cepat melatah, Nana menjawab persoalan tersebut dengan tenang,
Katanya, dia percaya setiap rumah yang memiliki pembantu rumah mempunyai undang undang masing masing.
Namun untuk dirinya dan suami, tidak memakan menu yang sama dengan pembantu rumah bukan bermaksud mereka double standard. Sebaliknya mereka tidak mahu memaksa pembantu rumah makan menu yang mereka tidak gemar seperti salad dan makanan barat lainnya.
“Jadi gini. Saya dan suami lebih suka makan makan barat dan kami tidak mahu memaksa pembantu rumah makan makanan yang tidak mereka gemar.
“Jika saya masak masakan Indonesia, pasti akan masakkan untuk mereka juga,” kata Nana seperti dilaporkan Suara.com.
Tambah anak sulung pasangan Jamal Mirdad dan Lidya Kandou itu lagi, setiap pembantu rumahnya tidak tinggal dalam satu rumah dengan mereka. Pembantu rumah disediakan bilik atau ruang khas mereka sendiri.
“Mereka akan datang berkemas pada waktu pagi dan kemudian petang pulang ke tempat yang telah kami sediakan.
“Tempat itu lengkap dengan bilik tidur dan dapur. Jadi mereka bebas untuk memasak apa yang mereka suka,” tambahnya dalam kenyataan yang ditulis di InstaStory miliknya.
Nana kemudian mengatakan bukan satu kesalahan juga untuk tidak makan semeja dengan pembantu rumah di rumah.
“Tapi jika kami bepergian, kami semua duduk semeja dan makanan yang sama,” dedahnya.

#Viral #Indonesia #Nana Mirdad #Menu #Andrew White
;