Laman Utama

Nana & Nila Kurnia Menitiskan Air Mata Gara-Gara...

Asraf Aided
22/10/2020
11:20 MYT
Sponsor Banner
Nana & Nila Kurnia Menitiskan Air Mata Gara-Gara...
Program masakan kegemaran ramai, Sedapur Bersama Nana Mahazan akan memasuki episod keenam malam ini.
Istimewa dalam episod kali ini, Nana mengundang teman rapat dan juga kakak angkatnya, Nila Kurnia untuk sama-sama berkongsi cerita sambil memasak.
Menu yang akan disediakan mereka adalah Ayam Salai Masak Lemak Tempoyak dengan Pucuk Ubi dan Terung Pipit, sangat menyelerakan!
Dalam suasana riuh rendah mereka di dapur, tiba-tiba Nana dan Nila menitiskan air mata mengenangkan memori bersama suami Nila yang telah meninggal dunia.
Ketika hayatnya, Nana juga berkawan rapat dengan Allahyarham sehingga memanggilnya 'Papa' sebagai tanda kemesraan. Sebelum meninggal dunia, Allahyarham tidak makan banyak, namun menyukai masakan Nana.
Nila juga ada menyebut, arwah suaminya pernah berkata, Nana merupakan 'adik' yang terbaik untuk mereka.
Nak tahu lebih lagi? Jangan lupa saksikan Sedapur Bersama Nana Mahazan pada setiap Khamis, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).
Program masakan ini turut menampilkan tetamu undangan lain seperti Fara Fauzana, Raqeem Brian, Reza Mohamed dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar