Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Nangis Macam Kena Cubit, Padahal Tak Ada”- Yana Samsudin Kongsi Ragam Anak Kedua, Lucu Betul

Mya Amri 26/08/2021 | 12:21 MYT
Pelakon Yana Samsudin berkongsi ragam lucu anak keduanya, Aura Aisy Sofea.
Menerusi hantaran terbaharu, Yana mendapati perangai anak keduanya agak berbeza dengan yang sulung iaitu Aisy Mateen.
“Nak cerita sikit. Ada anak perempuan ni memang lain sikit eh? Lasaknya bukan main. Baru tujuh bulan dah nak panjat-panjat.
“Lepas itu merengek kuat walaupun dah dengan kita... Bunyi menangis macam kena cubit… Padahal tak da apa-apa pun.
“Tengah main-main gembira-gembira pun tiba-tiba boleh merengek. Duk terfikir-fikir jugak apa yang tak kena.
“Sedih kadang pun ada mungkin anak kita cuba bagitau sesuatu tapi kita tak faham… Abangnya beza masa kecik, elok je diam.
“Ke sebab anak perempuan anak nombor dua? Ke sebab dia perempuan? Hahahah keliru mak,” tulisnya.

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

Yana mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan juga adik kepada Farid kamil, Fadzil Zahari pada tanggal 13 Februari 2015.
#Yana Samsudin #Aura Aisy Sofea #Ragam Anak #Ragam Anak Kedua
;