Laman Utama

Nasha Aziz Setuju Rupa Lagi Penting Berbanding Bakat! - "Kalau Boleh Sediakan Sesi Mengajar Pelakon, Itu Lagi Bagus"

Shahrin Zulkifle
28/10/2022
03:00 MYT
Sponsor Banner
Nasha Aziz Setuju Rupa Lagi Penting Berbanding Bakat! - "Kalau Boleh Sediakan Sesi Mengajar Pelakon, Itu Lagi Bagus"
Pelakon Nasha Aziz akui bersetuju dengan kenyataan seorang penerbit yang mengutamakan rupa paras berbanding bakat bagi membintangi sesebuah drama atau filem.
Jelas Nasha, isu tersebut bagaimanapun bergantung juga kepada penerbit itu sendiri sama ada bersedia menyediakan ‘ruang mendidik’ kepada pelakon atau sebaliknya.
“Saya boleh terima juga dengan kenyataan tersebut, bagaimanapun ia bergantung juga kepada penerbit itu.
“Jika penerbit itu rasa dia mempunyai satu ruang untuk mendidik dan menyediakan sesi mengajar kepada barisan pelakon, itu adalah sesuatu yang bagus.
“Tetapi jika produksi itu tiada ruang untuk mengajar pelakon, itu bermakna mereka tidak sempat untuk sajikan ruang itu. Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana pelakon itu sudah pun dibayar,” katanya.
Nasha ditemui ketika sesi majlis sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Jesnita yang berlangsung di TGV, Sunway Velocity Mall pada Khamis.
Dalam pada itu, aktres berusia 52 tahun turut mempersoalkan persediaan pihak penerbit seandainya mereka bertindak mahu menyediakan ‘ruang mendidik’ tersebut.
“Jika ada produksi yang sanggup menyediakan ruang belajar kepada pelakon itu adalah sesuatu yang sangat bagus. Namun sanggup kah mereka bayar untuk berlakon tetapi dalam masa sama mahu ‘sekolahkan’ pelakon itu juga?
“Atau mungkin, pelakon itu tidak perlu dibayar, sebab sudah ‘disekolahkan’, kerana daripada situ mereka sudah dapat ilmu, jika situasi yang begitu pun pada saya bagus juga,” ujarnya.
Selain Nasha, drama Jesnita yang diterbitkan Zeel Production itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek McCrone, Rozita Che Wan, Fikri Ibrahim dan ramai lagi.
Sinopsis:
Jesnita merupakan seorang wanita yang mempergunakan waris perniagaan kaya, Zaid untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi kaya dan senang-lenang. Apabila suaminya di ambang muflis, Jesnita yang terdesak mengalihkan perhatiannya kepada Rafael, rakan niaga Zaid. Perkahwinan Jesnita dengan Rafael yang sepatutnya menjadi kemenangan dicemari dengan kejutan bahawa dia merupakan isteri kedua. Kehidupan baharunya juga tidak aman apabila bekas ibu mentuanya kini berikrar untuk memusnahkan hidupnya sebagai balasan atas kesalahannya terhadap Zaid.
‘Jesnita’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 7 November 2022 secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar