Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Nasi Dua Sudu, Breakfast Hanya Green Tea,” - Letop Azah Aziz! Dari 63Kg Ke 48Kg Dalam Masa Lima Bulan

Mya Amri 20/10/2021 | 05:17 MYT

Pelakon Azah Aziz berjaya menurunkan berat badannya dari 63 kg kepada 48 kg hanya dalam masa lima bulan.

Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram, Azah berasa gembira kerana usahanya kerasnya kini membuahkan hasil.

“Perjalanan menurunkan berat badan saya kini berakhir, berjaya mencapat target berat saya 48kg, misi selesai dalam masa lima bulan.

“Sekarang ini adalah masa untuk kekalkan dan bina sedikit otot. Berat sewaktu saya memulakan perjalanan ini adalah 63kg pada 23 Mei,” tulisnya.

Tidak lokek dengan ilmu, Azah juga turut berkongsi beberapa tips yang diamalkan sepanjang perjalanan untuk menurunkan berat badan.

“Saya berlari, hiking dan berjalan setiap hari untuk memastikan saya berjaya mencapai 10,000 langkah setiap hari.

“Saya juga makan dalam kuantiti yang sedikit, sarapan hanya dengan green tea, makan tengah hari hidangan kecil, lebihkan protein dan sayur-sayuran serta kurangkan karbo.

“Saya masih lagi makan nasi dari masa ke semasa tetapi hanya dua sudu. Minum banyak air, tidak ada pencuci mulut, tidak ada gula, tidak ada diet pill atau supplement,” kongsinya.

Manakala dalam satu lagi perkongsian, Azah juga turut memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang sedang mencuba dan dalam proses menurunkan berat badan.

“InsyaAllah boleh turun berat badan tu, saya boleh buat anda juga pasti boleh.” tulisnya.

A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal)

A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal)

#Kurus #Diet #Azah Aziz #Turun Berat
;