Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Nasi Ewak Kali Hidangan Melayu Rare Di Kafe Neka

Ahmad Shah 23/09/2016 | 07:38 MYT
Jika anda mahukan kelainan atau ‘rare’ dalam rasa masakan melayu, Kafe Neka adalah jawapannya.

Neka menyajikan makanan fusion Malaysia yang enak dengan memberi fokus kepada hidangan unik berasaskan nasi.

Antara 'signature' sajian Neka adalah menu Nasi Ewak Kali. Ia dihidang dengan nasi putih bersama ikan sungai yang digoreng garing. Terasa kerangupan ikan dan ia cukup sempurna apabila disaji dengan pucuk ubi sambal berlada. Suudu jamin anda pasti jatuh cinta walaupun kali pertama mencubanya!

Selain itu, menu lain yang punya kelainan dalam rasanya adalah Nasi Crispy Daging Withspicy Anchovies Twochu. Ia disaji dengan nasi putih dan daging goreng tepung bersama kuah tauchu ikan bilis, yang mana daging yang digoreng akan direbus terlebih dahulu. Keenakan menu ini terletak pada kuah tauchu ikan bilis yang rasa masam masin.

Sementara itu, menu baru Neka adalah Neka Big Platter juga tidak kurang hebatnya. Jika anda suka makan dalam portion yang banyak atau mahukan semua rasa dalam satu hidangan ia adalah pilihan yang amat tepat.

Neka Big Platter turut sesuai dinikmati bersama 4 orang kerana dalam satu hidangan itu ia mempunyai pelbagai lauk berasaskan nasi seperti butter rice, tulang rusuk panggang, kambing panggang, udang goreng tepung, sotong goreng tepung, dan kentang lenyek.

Diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Afis Mohd Azlan, 32 bersama isterinya Nor Shahida Mohamed Shariff, 32, Kafe Neka dibuka dengan konsep moden tetapi menghidangkan menu makanan Melayu yang punya kelainan dari segi hidangannya.

Afis berkata dia dan isteri serta seorang lagi chef yang menjadi rakan kongsinya iaitu Zarul Zaied Abd. Halil, 32, mengambil masa enam bulan untuk mencipta lebih 20 menu baru untuk Neka.

“Menu yang ada di Neka ni sebenarnya kami cipta sendiri. Setiap menu adalah fusion atau menu baru yang kami cipta dari kombinasi makanan melayu dan barat.

“Sebagai contoh , salah satu menu yang kami cipta adalah Lempeng Daging Halia iaitu lempeng dibalut bersama daging masak halia yang dijadikan sebagai inti dan pada masa yang sama turut dihidangkan bersama kentang lenyek.

“Tujuan kami cipta menu dan rasa tersendiri setiap hidangan ini adalah kerana mahu mencari identity sendiri. Lagipun saya lihat sudah banyak café hipster yang tampil dengan konsepyang sama iaitu western,” katanya kepada Suudu.

Konsep unik yang diketengahkan itu sesuai dengan namanya yang mungkin ramai tidak tahu ia bermaksud daripada dialek negeri Kelantan. Neka membawa maksud dulang.

Terletak di 9-G, Jalan SS15/8B, Subang Jaya, Selangor, kafe ini tampil dengan konsep rare dalam usaha memberi kelainan kepada pelanggan-pelanggan.

Dibuka setiap hari kecuali Isnin. Kafe bermula dari 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

#Suudu
;