Laman Utama

Nasi Goreng Ikan Masin Hidangan Pertama Dahlia Rizal Untuk Suami

Amri Hassan
21/10/2023
00:25 MYT
Sponsor Banner
Nasi Goreng Ikan Masin Hidangan Pertama Dahlia Rizal Untuk Suami
Selepas selamat bergelar pasangan suami isteri, pempengaruh popular Dahlia Rizal memberitahu hidangan pertama yang disediakan untuk suami tercinta, Imran Aqil adalah nasi goreng ikan masin.
Bagaimanapun, air tangannya itu tidak disangka-sangka pula mendapat kritikan daripada suaminya.
"Alhamdulillah hampir genap sebulan saya bergelar isteri dan saya masih cuba sesuaikan diri.
"Apa yang lucu sewaktu kali pertama saya memasak untuk suami.
"Kemudian Imran tegur untuk perbaiki lagi masakan kerana nasi goreng yang dimasak agak masin. Saya beritahu itu ialah nasi goreng ikan masin jadi memang ia agak masin.
"Namun saya sukakan kejujuran Imran dan itu membolehkan saya untuk terus improve dalam masakan kerana saya tak pandai memasak," ceritanya kepada Gempak.
Tambah Dahlia, biasanya dia mendapatkan resepi masakan daripada ibunya sendiri dan YouTuber terkenal, Che Nom.
"Selalunya saya akan meminta bantuan ibu ataupun ikut resipi Che Nom di internet," kongsinya lagi.
BACA: Suami Lupa Basuh Pinggan, Dahlia Rizal Merajuk Tidur Luar!
Imran Aqil dan Dahlia Rizal selamat menjadi suami isteri dengan hanya satu lafaz.
Dalam majlis tertutup yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka, Imran menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 300 selepas mengingat tali pertunangan Ogos tahun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar